WTF Sarawak tuan rumah kejohanan taekwondo dunia

PERSATUAN Taekwondo Negeri Sarawak (WTF) diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah Kejohanan G1 Terbuka Malaysia Taekwondo Dunia (WT) 2020.

Stadium Perpaduan Petra Jaya Kuching akan menjadi pentas pertarungan.

WTF Sarawak mendapat sokongan sepenuhnya daripada Taekwondo Malaysia (WTF) dan World Taekwondo Dunia.

Kejohanan Gred G1 ini merupakan salah satu kejohanan antarabangsa yang disahkan Taekwondo Dunia.

“Kita amat bertuah di Sarawak kerana kejohanan dunia akan berlangsung di tempat kita pada 21 hingga 23 Ogos depan,” kata Presiden Taekwondo Malaysia (WTF) dan Persatuan Taekwondo Negeri Sarawak (WTF), Azizul Annuar Adenan Satem.

“Ini adalah platform bagi para atlet kita untuk menunjukkan kehebatan mereka,” ujarnya.

Dijangkakan sekitar 2,000 atlet dan pegawai dari 35 buah negara akan berkampung di Kuching.

“Kejohanan ini juga bertujuan untuk meningkatkan mempertingkat sukan tersebut di samping sebagai tempat untuk mempamerkan budaya Malaysia kepada dunia,” jelasnya.

Suara Sarawak