Trending

Wujudkan 200,000 peluang pekerjaan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Pengusaha dalam industri minyak dan gas digesa untuk bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak untuk kepentingan pengembangan industri tersebut.

Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sarawak (EPU) Dr Mohammad Abdullah Zaidel berkata, Kerajaan Sarawak akan membantu peniaga berkembang maju.

“Saya meminta agar pengusaha industri dan perwakilan kami yang hadir untuk bekerjasama dalam menjalinkan hubungan dengan Kerajaan Sarawak bagi memanfaatkan peluang baharu yang ada.

“Ini penting untuk menyediakan kemudahan dan membantu industri dalam perniagaan berkembang maju, sekali gus memajukan ekonomi dan masyarakat sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi perkongsian dengan pengusaha industri di sebuah hotel semalam.

Abdullah berkata, di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Sarawak (SEAC), Kerajaan Sarawak berusaha untuk membuka lebih banyak nilai industri melalui usaha awal dan akhir.

“Ini seperti Petrokimia, yang fokus kepada memanfaatkan akses sumber asli seperti gas asli untuk mengembangkan industri dengan lebih jauh” katanya.

Sementara itu, mengenai pemulihan ekonomi negeri berikutan wabak Covid-19 beliau berkata, majlis tindakan itu merumuskan pelbagai strategi untuk Sarawak pulih daripada kemerosotan ekonomi di seluruh dunia.

Jelasnya, 14 sektor utama dikenal pasti menjadi pemangkin untuk mencapai tujuan pertanian komersial dan agro komoditi, pembuatan dan keusahawan, pengangkutan, perhutanan, pelancongan, perkhidmatan dan tenaga yang diperbaharui.

“Ini termasuk pendidikan dan pembangunan modal insan, infrastruktur, transformasi digital dan inovasi,” ujarnya.

Menurutnya, rancangan komprehensif itu untuk menggandakan KDNK tahunan Sarawak daripada RM133 bilion kepada RM282 bilion menjelang 2030.

Ia juga untuk mewujudkan sekurang-kurangnya 200,000 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dalam sepuluh tahun akan datang, jelasnya lagi.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru