ARTIKEL

Wujudkan barisan panel pelbagai kaum dalam pengambilan penjawat awam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ABUN SUI ANYIT

KUCHING: Kerajaan perlu memperkenalkan barisan panel pemilih pelbagai kaum jika hendak merealisasikan saranan mewujudkan sistem kuota berasaskan etnik bagi pengambilan penjawat awam di negeri ini.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (Sabah/Sarawak) Parti Keadilan Rakyat Abun Sui Anyit berkata, sistem kuota sebenarnya tidak perlu seandainya pembuat keputusan yang mengambil penjawat awam dalam sektor kerajaan mengamalkan pengambilan secara merit dalam erti kata yang sebenar.

Ini kerana menurutnya, banyak aduan tentang individu yang lebih cemerlang di dalam keputusan peperiksaan dan temu duga diketepikan begitu sahaja.

“Mungkin ada segelintir panel pembuat keputusan yang masih mengamalkan perkauman dalam memilih dan melantik kakitangan baharu atau kenaikan pangkat, sehingga pecahan kaum kelihatan tidak seimbang.

“Salah satu cara mengatasi ketidakseimbangan ini dengan melibatkan panel-panel pelbagai kaum dalam memilih penjawat awam dan kenaikan pangkat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru jelasnya, kuota ini boleh membaiki ketidakseimbangan tersebut dengan syarat pembuat keputusan benar-benar melaksanakan dasar kerajaan, sama ada secara mengikut kuota atau mengikut merit.

Terdahulu beliau menyambut baik saranan Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berhubung saranan kepada Kerajaan Sarawak untuk mewujudkan sistem kuota berasaskan etnik bagi pengambilan penjawat awam.

“Cadangan Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Kapit itu baik kerana Sarawak mempunyai pelbagai etnik atau kaum,” jelasnya.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU