ARTIKEL

CHIENG (berdiri tengah) bersama ahli IPSS dan SIPA semasa perasmian gelanggang Pickleball tersebut.

Wujudkan kelab pickleball di sekolah menengah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Sekolah menengah dicadangkan untuk menubuhkan kelab pickleball bagi membangunkan sukan itu.

Presiden Kelab Pickleball Sibu (SIPA) Chieng Jin Ek berkata, usaha itu penting untuk memastikan pihaknya bekerjasama rapat dengan pihak sekolah dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memperkenalkan sukan tersebut.

“Saya ada rancangan untuk bekerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sibu, saya akan membuat janji temu dengan pegawainya Ali Chikba dan kemudian akan mendapat persetujuannya untuk menubuhkan kelab itu di sekolah menengah supaya kita dapat membangunkannya secara sistematik. Itu sangat penting.

“Apabila kita mempunyai lebih ramai pelajar sekolah menengah yang meminati sukan ini, mereka akan dapat meneruskannya.

“Mereka boleh dilatih untuk mewakili Bahagian Sibu dan boleh dilatih seterusnya memenangi kejohanan itu dan mewakili Sarawak serta Malaysia,” katanya berucap pada Majlis Perasmian Gelanggang Pickleball I Play Swan Squad Pickleball Club (IPSS) di Island Club Sibu di sini, semalam.

Chieng berkata, beliau akan mencadangkan kepada kementerian untuk membina pusat latihan Pickleball di sini bagi memajukan lagi sukan itu memandangkan ketika ini sukan itu nampaknya sedang berkembang pesat di bandar ini.

“Saya mahu bekerjasama dengan menteri kita untuk menubuhkan pusat latihan sukan ini. Kita perlu mencari sebidang tanah.

Kita perlu minta kerajaan datang dengan pembiayaan di sini supaya kita boleh membina pusat latihan pickleball di Sibu, Sarawak.

“Jadi ini akan menjadi rancangan kami tetapi sudah tentu, kami memerlukan sokongan daripada kerajaan. Jadi sebab itu saya masuk untuk membantu,” kata ADUN Bukit Assek itu.

Beliau berharap Persatuan Pickleball Malaysia dan Sarawak akan menganjurkan lebih banyak kejohanan bagi menarik lebih ramai pemain serta orang ramai menceburi sukan itu.

“Kami ingin menganjurkan lebih banyak kejohanan di Sibu terutama kejohanan antara sekolah.

Apabila lebih ramai pelajar menyertai kejohanan, pasti mereka akan lebih berminat dan seterusnya kualiti pemain kita akan meningkat,” katanya. Presiden Persatuan Pickleball Sarawak Delima Ibrahim dan Pengerusi IPSS Dr Wong Chya Wei turut hadir.

CHIENG (kanan) menerima cenderamata berupa set alat pemainan Pickleball daripada pengerusi penganjur majlis Jenny Ting.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)