ARTIKEL

SOKONGAN... Nancy serta tetamu lain bergambar kenangan bersama-sama wakil penerima inisiatif Program Wanita Dinamik @KWKPM di Dewan Suarah Sri Aman, hari ini. Foto. OSMAN RAZALI

Wujudkan lebih ramai ahli Perlimen wanita

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMANGGANG: Persetujuan semua parti politik dan pucuk pimpinan di peringkat Persekutuan mahupun negeri penting, jika benar-benar ingin melihat penglibatan lebih ramai wanita menjadi wakil di Parlimen.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, wanita diberi peluang untuk bertanding pada pilihan raya.

Bagaimanapun jelasnya, calon wanita yang menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) misalnya 2018, kurang.

“Ini kerana di Malaysia budaya kita mengundi parti, bukan mengundi wanita.

“Tetapi kalau mahu betul-betul melibatkan wanita, maka pucuk pimpinan perlu melakukan sesuatu ekoran ia melibatkan perlembagaan, sama ada perlembagaan negara ataupun perlembagaan parti.

“Bahkan memerlukan semua parti politik untuk bersetuju.

“Ada caranya, calon wanita berlawan dengan calon wanita, jadi yang menang tetap wanita.

“Bagaimanapun terpulang kepada pucuk kepimpinan kita sama ada dari Persekutuan mahupun negeri untuk melihat perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Wanita Dinamik @KWKPM di Dewan Suarah Sri Aman, hari ini.

Jelasnya, tidak adil jika beliau tidak bercakap soal tersebut.

“Apabila saya sebagai pemimpin wanita, bergelar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, kalau tidak bercakap mengenai perkara ini, tidak betul juga.

“Maka, hari ini saya menyuarakannya memandangkan ini keperluan masyarakat yang banyak dibangkitkan. Apatah lagi jika dibandingkan dengan negara lain… seperti Mexico kini, Presidennya wanita,” ujarnya.

Nancy mengakui ia sebagai salah satu cabaran di Malaysia.

“Kita di Malaysia, semua parti politik diketuai oleh lelaki, yang ada ketetapan sendiri dan sehingga kini tiada wanita menjadi ketua parti.

“Justeru, kita cuba mengadakan latihan untuk menggalakkan seberapa ramai wanita untuk terlibat dalam Program Kepimpinan Politik.

“Kerana apabila melibatkan diri dalam politik, bukan semata-mata hendak menjadi YB, tetapi banyak perkara akan kembali kepada pertimbangan politik,” katanya.

Menyatakan penglibatan wanita dalam peringkat pembuat keputusan kerajaan, katanya mencapai 38.9 peratus.

BERITA LAIN

PUSTAKA agih daging korban kepada 220 asnaf

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) memperluaskan rezeki dengan mengagihkan daging korban sempena Program Ibadah Korban PUSAKA 2024 kepada 220 orang asnaf bertempat di

Perdana Menteri China akan lawat Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri China Li Qiang akan mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia dari Selasa hingga 20 Jun. Ini merupakan lawatan pertamanya ke

BERITA TERBARU

PUSTAKA agih daging korban kepada 220 asnaf

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) memperluaskan rezeki dengan mengagihkan daging korban sempena Program Ibadah Korban PUSAKA 2024 kepada 220 orang asnaf bertempat di