Wujudkan Pusat Pemulihan Akhlak di Sarawak

KUCHING: Kerajaan Persekutuan disarankan untuk menubuhkan Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) di Sarawak.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pihaknya bersetuju sekiranya pusat tersebut ditubuhkan di negeri ini memandangkan pesalah yang dihantar sebelum ini ke Semenanjung Malaysia masih terjejas.

“Kita mahu mana-mana pesalah yang ditangkap di Sarawak dikenakan tindakan di negeri ini sahaja.

“Jadi tidak perlu untuk menghantar mereka ke Semenanjung Malaysia,” katanya dalam sidang media Bangunan Baitul Makmur II, semalam.

Dedahnya, tindakan menghantar pesalah ke Semenanjung Malaysia seolah-olah membuka jaringan yang lebih besar kepada aktiviti-aktiviti penyalahgunaan dadah khususnya dari segi sumber untuk mendapatkan barang terlarang itu.

Selain itu, beliau menegaskan permohonan penubuhan PPA itu ekoran daripada peningkatan dari segi jumlah pesalah penyalahgunaan dadah di negeri ini.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 13 Apr 2021

Suara Sarawak