ARTIKEL

Iskandar Turkee

Wujudkan Zon Bebas Cukai pertama Borneo di Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak perlu mengambil inisiatif mewujudkan Zon Bebas Cukai pertama Borneo di Bintulu bagi menjana ekonomi serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Adun Jepak, Iskandar Turkee berkata, usaha itu selari dengan pengambilalihan Pelabuhan Bintulu untuk dimajukan serta mengubahnya sebagai hab pengangkutan di rantau Asia Pasifik.

“Susulan usaha ini, kita mohon untuk diwujudkan Zon Bebas Cukai di Bintulu seperti Johor Premium Outlet, Mitsui Outlet dan lain-lain, ia boleh kita namakan Jepak Premium Outlet.

“Saya yakin ini mampu menjanakan ekonomi dan mewujudkan banyak peluang pekerjaan serta merancakkan lagi industri pelancongan kerana ramai orang akan merebut peluang membeli-belah di zon bebas cukai,” katanya.

Di samping itu, beliau turut memohon Kerajaan Sarawak memberikan keutamaan kepada kawasan Jepak dalam menyediakan Skim Pembesaran Kampung serta menyalurkan peruntukan pembangunan perumahan kos rendah dan sederhana.

“Skim Pembesaran Kampung ini melibatkan sebanyak 19 kampung dan jumlah rumah ialah 2,284 buah serta 14,455 penduduk.

“Kerajaan juga dimohon untuk menyediakan penempatan bagi kaum lain seperti Iban serta memberi keutamaan pemilikan rumah kepada golongan belia melalui skim perumahan mampu milik,” ujarnya.

Beliau juga mencadangkan kerajaan untuk membina satu tapak untuk Pesta Maqak (Bubuk) di Pantai Jepak, dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti rekreasi lengkap bagi meningkat industri pelancongan dan menjanakan ekonomi penduduk setempat.

“Kita juga mohon dipertimbangkan untuk membina Kompleks Sukan Pemotoran di DUN Jepak untuk memenuhi hasrat dan minat golongan belia dalam sukan permotoran.

Ini penting dalam menyalurkan minat golongan belia secara sah dari sudut perundangan serta mengekang isu sosial.

“Pada zaman sekarang, ibu bapa banyak memberi sokongan disebabkan kemajuan sukan permotoran ini. Kalau betul-betul menjadi, ia akan menjadi yang terbaik kerana sudah ramai yang ke MotoGP, Kejuaraan Superbike Dunia, malah ada yang sudah mempunyai pasukan sendiri.

“Seterusnya, Sarawak berkemampuan untuk melahirkan bakat berpotensi di peringkat antarabangsa,” tambahnya.

BERITA LAIN

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri

BERITA TERBARU

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri