ARTIKEL

WWF puji Sarawak lulus rang undang-undang pelepasan karbon

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Tabung Hidupan Liar Sedunia Malaysia (WWF-Malaysia) memuji Sarawak kerana meluluskan Rang Undang-Undang Alam Sekitar (Pengurangan Pelepasan Gas Rumah Hijau) 2023 pada November tahun lepas.


Dalam satu kenyataan, WWF-Malaysia memaklumkan rang undang-undang itu adalah yang pertama seumpamanya dalam pelepasan dan pengurangan karbon di Malaysia dengan strategi dan hala tuju yang lengkap.


“Walaupun undang-undang semasa ditetapkan untuk minyak dan gas, dan sektor tenaga, namun WWF-Malaysia berharap pada masa hadapan, sektor ekonomi utama lain seperti kelapa sawit dan pembalakan, akan mengikut arahan pematuhan mandatori.


“Rang Undang-Undang tersebut, termasuk Kanun Tanah Sarawak (Simpanan Karbon) 2022 dan Ordinan Hutan Sarawak (Aktiviti Karbon Hutan), 2022, akan membantu melakar hala tuju ke arah matlamat pelepasan karbon sifar bersih 2050 negeri yang hanya tinggal kurang tiga dekad lagi, ” menurut kenyataan itu.

LAIN-LAIN BERITA

Lelaki tembak mati 12 ahli keluarga di Iran

Seorang lelaki menembak mati 12 ahli keluarganya termasuk bapa, abang dan beberapa kanak-kanak di sebuah bandar kecil di tenggara Iran pada Sabtu, lapor Agensi Berita

BERITA TERBARU