ARTIKEL

FILE - President Joe Biden greets China's President President Xi Jinping at the Filoli Estate in Woodside, Calif., Nov, 15, 2023, on the sidelines of the Asia-Pacific Economic Cooperative conference. Biden and Xi spoke Tuesday in their first call since their November summit in California, Chinese state media reported. (Doug Mills/The New York Times via AP, Pool, File)

Xi, Biden adakan perbualan telefon

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEIJING: Presiden China, Xi Jinping, mengadakan perbualan menerusi telefon dengan rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, pada Selasa.

Xi berkata, isu persepsi strategik sentiasa bersifat dasar bagi hubungan China-AS.

Sebagai dua kuasa besar, China dan AS tidak dapat memutuskan pergaulan atau berkonflik dan berkonfrontasi.

Dua negara itu perlu saling menghormati, hidup bersama-sama secara damai dan menjalankan kerjasama saling untung.

Hubungan dua hala harus terus melangkah ke hadapan mengikut jalan yang stabil, sihat dan mampan.

Xi turut memberi penekanan kepada beberapa prinsip utama bagi hubungan China-AS pada tahun ini, iaitu menjunjung kedamaian, mengutamakan kestabilan, dan mengekalkan kebolehpercayaan.

Menyentuh rentetan tindakan AS untuk menyekat pembangunan perdagangan dan teknologi China, Xi menyifatkan amalan seumpama itu sebagai bakal mencetuskan risiko.

Menurutnya, pintu China sentiasa terbuka sekiranya AS sedia menjalankan kerjasama saling untung.

Sebaliknya, China tidak akan duduk berdiam diri jika AS berdegil mahu menyekat pembangunan teknologi tinggi dan mencabuli hak pembangunan China.

Baca lain  Kematian Covid-19 Indonesia meningkat

Sementara itu, Biden berkata, hubungan AS-China merupakan hubungan dua hala paling penting di dunia.

Beliau mengulangi bahawa AS tidak ingin mencetuskan Perang Dingin baharu dan tiada niat untuk mengubah sistem China atau menentang China menerusi pengukuhan hubungan sekutu.

AS juga tidak menyokong kemerdekaan Taiwan dan tidak mahu berkonflik dengan China.

Kata Biden, pembangunan China bermanfaat kepada dunia.

AS tidak ingin mengekang pembangunan China atau “mencantas” hubungan dengan negara Tembok Besar itu.

AS bakal mengatur lawatan Setiausaha Perbendaharaan, Janet Yellen, dan Setiausaha Negara, Antony Blinken, ke China dalam masa terdekat bagi memperkasakan komunikasi dan kerjasama.

Ia sekali gus memantapkan perkembangan hubungan dua hala untuk sama-sama menangani cabaran global. – BERNAMA

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim

Garuda mendarat cemas akibat kebakaran enjin

HANOI: Sebuah pesawat yang membawa 468 penumpang dari Indonesia ke Arab Saudi melakukan pendaratan cemas pada Rabu lalu, susulan kebakaran enjin, menurut syarikat penerbangan Garuda

Biden, Trump setuju untuk dua sesi debat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan bekas Presiden Donald Trump bersetuju untuk mengadakan dua debat presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian

BERITA TERBARU

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim

Eksport produk kayu menurun

KUCHING: Prestasi nilai eksport produk perkayuan Sarawak merekodkan penurunan sebanyak sembilan peratus dengan sebanyak RM682 juta berbanding RM752 juta untuk tempoh sama tahun lalu. Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali

Sule jual kenderaan mewah 

PELAWAK Indonesia Sule, menjual kenderaan mewah miliknya yang terdiri daripada Ford Mustang, Porsche, Jeep Wrangler dan Mercedes Benz kerana tidak digunakan. Sule mengatakan dia menjual