ARTIKEL

Xi Jinping (kanan) bertemu dengan Sheikh Mohammed di Beijing, China, pada 22 Julai, 2019. Foto Fail: Xinhua/Huang Jingwen

Xi Jinping balas surat pelajar ‘Projek Seratus Sekolah’ di UAE

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEIJING, China: Presiden China, Xi Jinping, membalas surat dari wakil pelajar yang mengikut ‘Projek Seratus Sekolah’ pendidikan bahasa Mandarin di Emiriah Arab Bersatu (UAE), baru-baru ini.

Dalam surat balasnya, Jinping berkata beliau dan rakan sejawatnya, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, sama-sama melancarkan ‘Projek Seratus Sekolah’ di UAE lima tahun lepas.

Jinping menggalakkan mereka mempelajari bahasa Mandarin dengan baik, memahami China dan memberikan sumbangan untuk memperkukuh persahabatan antara kedua-dua negara.

“Kini pembelajaran bahasa Mandarin telah menjadi trend baharu di UAE, dan duta-duta kecil bagi pertukaran China-UAE dipupuk seperti anda, saya amat gembira,” kata Jinping.

Di samping menekankan bahawa golongan muda adalah masa depan bagi persahabatan China-UAE, Jinping turut mengalu-alukan para pelajar untuk datang ke China dan melihat panda, mendaki Tembok Besar dan melanjutkan pengajian di universiti di China.

Beliau juga menzahirkan harapan agar lebih ramai remaja UAE dapat belajar bahasa Mandarin, mengetahui tentang China, bertukar dan saling belajar dengan remaja China, agar menyemai benih persahabatan dalam hati mereka dan memberikan sumbangan kepada masa depan hubungan China-UAE yang lebih indah.

Pada Julai 2019, disaksikan oleh Jinping dan Sheikh Mohamed, yang menjadi Putera Mahkota UAE ketika itu, kedua-dua negara menandatangani Memorandum Persefahaman di Beijing untuk melancarkan program pendidikan bahasa Mandarin ‘Projek Seratus Sekolah’ di UAE.

Setakat ini, sebanyak 171 sekolah di UAE membuka kurikulum bahasa Mandarin yang melibatkan 71,000 pelajar. – BERNAMA-CMG

BERITA LAIN

Tiga lelaki tiba-tiba rebah akibat rokok tercemar

BERLIN, Jerman: Dua lelaki tiba-tiba rebah semalamselepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui, lapor agensi berita Jerman (dpa). Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual

BERITA TERBARU