ARTIKEL

China’s President Xi Jinping attends the closing session of the 14th National People's Congress (NPC) at the Great Hall of the People in Beijing on March 11, 2024. (Photo by Jade Gao / AFP)

Xi ucap tahniah kepada presiden baharu Malta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEIJING, China: Presiden China, Xi Jinping, menyampaikan ucapan tahniah kepada Myriam Spiteri Debono yang memegang jawatan presiden Malta pada Khamis.

Dalam perutusan tahniahnya, Xi menyatakan sejak hubungan diplomatik China-Malta terjalin 52 tahun lalu, kedua-dua negara saling menghormati, melayan secara sama rata dan saling menyokong satu sama lain dalam isu-isu yang berkait rapat dengan kepentingan teras kedua-dua negara.

Kerjasama kedua-dua negara itu membuahkan hasil yang menggalakkan dalam sektor ekonomi, perdagangan dan pelaburan, kebudayaan dan pendidikan, perubatan dan lain-lain.

Xi berkata beliau amat mementingkan hubungan dengan Malta dan bersedia berusaha dengan presiden baharu Malta untuk memperkukuhkan persahabatan tradisional.

Kedua-dua negara itu juga komited mempergiatkan kerjasama pragmatik, mendorong hubungan kedua-dua negara terus berkembang maju dan memberikan lebih banyak manfaat kepada rakyat. – BERNAMA-CMG

BERITA LAIN

Ireland secara rasmi iktiraf Negara Palestin

DUBLIN: Ireland secara rasmi mengiktiraf Negara Palestin dan menggesa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mendengar suara masyarakat antarabangsa dan menghentikan malapetaka kemanusiaan di Semenanjung

Jepun mahu tubuhkan organisasi siasat kejadian UFO

TOKYO: Penggubal undang-undang Jepun pada Selasa bertemu untuk mewujudkan kumpulan dwipartisan yang akan meminta kerajaan menubuhkan organisasi untuk menyiasat fenomena udara tidak dikenal pasti atau

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)