ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Xinjiang sasar terima lebih banyak pelancong tempatan dan asing 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TURPAN: Persidangan Pembangunan Pelancongan Xinjiang 2024 dirasmikan di sini pada Isnin.

Di persidangan itu, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China buat julung-julung kali mengedarkan “Rancangan Kerja Pelan Tindakan Khas bagi Mempromosikan Penggunaan Pelancongan Xinjiang”.

Mengikut rancangan itu, kerajaan akan meningkatkan peruntukan dana dan sumber untuk mendorong pembangunan sektor pelancongan Xinjiang dari lima aspek iaitu sumber pelancong, destinasi, bekalan produk, perkhidmatan pengangkutan serta publisiti dan promosi.

Persidangan berkenaan disertai kira-kira 500 tetamu tempatan dan asing, termasuk diplomat asing di China, wakil agensi pelancongan dan sebagainya.

Persidangan Pembangunan Pelancongan Xinjiang telah diadakan sebanyak tiga kali sebelum ini dan masing-masing di Urumqi, Yining dan Kashgar.

Yang menarik perhatian adalah kesemua tenaga elektrik yang digunakan bagi persidangan edisi itu ialah tenaga hijau yang dijana kuasa angin atau fotovoltaik. — BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang — Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya Mohamad Faisal Abdul Halim menjejakkan kaki buat