Yadim terus hantar sumbangan warga terjejas Covid-19 di utara S’wak

LAWAS: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Sarawak komited menjalankan Musa’adah Covid-19 2.0 hingga ke utara Sarawak.

Menurut kenyataannya semalam, program pada hari kedua Yadim menyasarkan penerima di Daerah Lawas dan Sundar.
Selain itu jelasnya, kumpulan Yadim Sarawak bersama-sama rakan strategik iaitu Urus Setia Saudara Kita (USK) Lawas dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Lawas turut menjayakan misi itu.

“Misi penyampaian bantuan dimulakan pada sebelah petang. Mereka bergerak dan menyerahkan sumbangan dari satu kampung ke satu kampung lain dengan melalui beberapa laluan mencabar seperti jalan sawit dan sungai,” katanya.

Jelasnya lagi, lokasi pertama penyerahan bermula di Kampung Siang-Siang Lawas kepada dua keluarga.

Seterusnya di Badar Raya Lawas (satu keluarga), Kampung Aru Lawas (empat keluarga), Kampung Baru Sundar (lima Keluarga), Kampung Tanjung Pagar (dua Keluarga), Kampung Awat-Awat Lawas (tiga Keluarga), dan Sundar (dua Keluarga).

“Penyerahan bantuan juga diteruskan semalam. Secara keseluruhan 19 keluarga telah disantuni. Majoriti etnik yang disantuni adalah dalam kalangan etnik Lun Bawang, Iban, Kadayan, Kayan dan Melayu dan Cina.

…Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 10 April 2021

Suara Sarawak