ARTIKEL

Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed (berdiri,kanan) dan Pengurus (Acara dan Penaja) F&N Beverages Marketing Sdn Bhd Muhd Fauzi Ahmad (kiri) menyampaikan sumbangan Tahun Baharu Cina kepada adik-beradik bekas atlet kebangsaan renang Lim Geok Wah (duduk kiri) dan bekas atlet kebangsaan menembak Lim Yoke Che@Lim Yok Tee (duduk, kanan) ketika lawatan rumah ke rumah di sekitar ibu kota, semalam. | BERNAMA

Yakeb santuni adik-beradik bekas atlet sempena Tahun Baru Cina

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PETALING JAYA: Sambutan Tahun Baharu Cina kali ini disifatkan istimewa buat pasangan adik-beradik perempuan, Lim Geok Wah dan Lim Yoke Che @ Lim Yok Tee, yang merupakan bekas perenang dan penembak negara apabila menerima kunjungan Yayasan Bekas Kebajikan Atlet (Yakeb) di sini semalam. 

Bercakap kepada pemberita selepas menerima bantuan berupa wang tunai dan barangan F&N, Geok Wah, 75, terharu disantuni Yakeb di rumah mereka di sini buat julung kalinya, walaupun beliau dan kakaknya Yoke Che, 93, tidak lagi aktif dalam dunia sukan. 

“Ini adalah Tahun Baharu Cina yang bermakna buat kami dan terima kasih kepada Presiden Yakeb Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed kerana terus menghubungi kami bekas atlet dan membantu kami,” katanya.

Sementara itu, Noorul Ariffin berkata sebanyak 10 bekas atlet berbangsa Cina telah menerima bantuan hasil kerjasama Yakeb dan F&N yang diwakili pengurus tajaan dan acara syarikat itu Muhammad Fauzi Ahmad serta Majlis Sukan Negara (MSN). 

“Sumbangan ini tidak akan berhenti di sini, kita ada Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan lain-lain.

“Saya berharap pihak F&N dan MSN akan beri kerjasama untuk mengiktiraf jasa bekas atlet yang telah mengharumkan nama negara,” katanya. 

Tahun Baharu Cina bakal disambut Sabtu ini. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU