Trending

Yakin dapat tawan Parlimen Stampin

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parlimen Stampin Lo Khere Chiang yakin mampu merebut kembali kerusi tersebut daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada Pilihan Raya Umum ke-15 kali ini.

Menurutnya, jika berjaya ia merupakan kali pertama Parlimen itu ditawan selepas tiga penggal di bawah DAP.

“Saya tidak dapat memberitahu berapa banyak jumlah undi yang bakal diperoleh, tetapi saya boleh memberitahu bahawa kita akan mengambil semula Stampin kali ini,” katanya.

Lo Khere Chiang ketika ditemui pemberita selepas Majlis Makan Malam Perpaduan di Gelanggang Bola Keranjang, Jalan Arang, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita sama ada mampu untuk merebut kembali Parlimen Stampin daripada pembangkang selepas Majlis Makan Malam Perpaduan di Gelanggang Bola Keranjang, Jalan Arang, malam tadi.

Tambah beliau, hanya GPS yang mampu menyampaikan apa yang dijanjikan kerana sentiasa mengutamakan Sarawak.

“Parti dari Semenanjung hanya akan menjaga kepentingan di sana sahaja. Oleh itu, jika anda mengundi DAP anda mengundi parti dari Semenanjung Malaysia.

“Selain itu, mereka hanya akan bergabung dengan parti-parti di Semenanjung Malaysia sahaja.

“Kita tidak tahu dengan siapa mereka akan bergabung selepas PRU-15 nanti kerana politik di sana sedang kucar-kacir,” tegasnya.

Beliau menegaskan GPS adalah satu-satunya parti yang patut diundi untuk menjaga kepentingan dan melindungi Sarawak mengikut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta mendapatkan kembali semua hak, kekayaan dan autonomi melalui laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC).

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

PBK bawa politik murahan

BETONG: Membangkitkan dakwaan tentang kemungkinan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS)

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru