ARTIKEL

Yakin keupayaan penyelidik Unimas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Penubuhan Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit Sarawak mencerminkan kepercayaan dan keyakinan Kerajaan Sarawak terhadap keupayaan para penyelidik Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata ia khususnya dalam memberi tumpuan kepada penghasilan ubat serta kaedah rawatan baharu yang boleh digunakan untuk mengawal wabak termasuk Covid-19.

Beliau merangkap Pro Cancelor Unimas menambah pusat bernilai RM190 juta yang ditubuhkan pada tahun lepas itu juga menunjukkan komitmen Kerajaan Sarawak dalam usaha memerangi Covid-19.

“Penghargaan kepada penyelidik-penyelidik UNIMAS yang telah menggembleng tenaga dan keringat tanpa mengira masa dalam membantu negara berperang dengan virus Covid-19.

Uggah ketika berucap pada Majlis Konvokesyen ke-25 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Dewan Tunku Abdul Rahman (DeTAR), hari ini.

“Sumbangan UNIMAS dalam bidang saintifik iaitu penemuan-penemuan baharu varian Covid-19 dan juga melalui penulisan ilmiah daripada pensyarah-pensyarah UNIMAS menjadi kebanggaan dan sangat dihargai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesyen ke-25 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Dewan Tunku Abdul Rahman (DeTAR), hari ini.

Dalam pada itu, Uggah mengingatkan masyarakat agar tidak terus berasa selesa kerana negeri ini sedang dilanda penularan varian Omicron.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) pada hari ini sahaja, sebanyak 278 kes baharu Covid-19 di rekodkan di Sarawak.

“Covid-19 masih lagi menular di dalam komuniti di negeri ini.

“Saya berharap agar kita semua terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan untuk memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan

BERITA TERBARU

Sarawak begunaka otonomi pengerai

SADONG JAYA: Sarawak agi tubah begunaka mesin mamogram ngambi tetangkupka pemayuh tubuh pesakit riman tusu di nengeri tu. Sapit Premier Sarawak, Datuk Amar Profesor Dr

Rebak baru diperansang bekebun lada

BETONG: Nembiak rebak baru diperansang ngaul diri dalam pengawa bekebun kelebih agi nanam lada. Sapit Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas madahka menua tu

Asil lada belipat ngena teknologi baru

BETONG: Industri lada di nengeri tu disikap menyana ngambi ulih nerima ubah pemansang enggau teknologi baru, ku Sapit Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.