ARTIKEL

Yang hidup pasti akan meninggal dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Menurut Syed Abdul Hadi Bin Wan Hamdan, Pengerusi Pengelola Program GotongRoyong Perdana Tanah Perkuburan Orang Islam Kampung Matang, kebersihan amalan yang harus dilakukan oleh setiap masyarakat bagi menjaga kebersihan diri dan tempat sekeliling.

Biasanya program membersihkan Tanah Perkuburan Kampung Matang dilaksanakan setiap dua bulan secara bergilir oleh ahli jawatankuasa surau di Kampung Matang.

Namun pada kali ini program gotong-royong ini melibatkan kesemua ahli jawatankuasa surau berdekatan dan disertai penduduk Kampung Matang.

Menurut Syed Abdul Hadi, tapak Tanah Perkuburan Kampung Matang wujud sejak 1800-an dan tanah seluas 2.7 ekar diwaqafkan oleh Syed Yassin Syed al-Idrus.

Allahyarham juga merupakan salah seorang penduduk asal yang membuka Kampung Matang.

Sebanyak seribu lebih kubur terdapat di tanah perkuburan tersebut dan kebanyakan orang kampung dikebumikan di situ.

Tambah beliau lagi, tugas itu diharap dapat menerbitkan kesedaran tinggi bahawa setiap yang hidup pasti akan meninggal dunia.

Program gotong-royong bermula seawal 7 pagi, disertai oleh penduduk kampung dan berlangsung dengan jayanya.

“Teruslah melakukan amal kebaikan sekalipun bukan waris mahupun saudara sendiri tanpa mengira tempat terutama di tanah perkuburan,” ujar Syed Hadi lagi.

BERITA LAIN

Jaga aib diri, orang lain

MENJAGA aib sesama manusia menjadi tanggungjawab yang dianjurkan dalam Islam. Pentingnya perbuatan menahan diri daripada mengumpat dan mencari kesalahan orang lain. Allah SWT juga memberikan

Bentuk peribadi pelajar

BARU-BARU INI, Mukhayyam Dakhili Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh (TKRSM) bagi murid Tahun 4 berlangsung dengan jayanya di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kota Samarahan. Program

Wanita 66 tahun bersaing Ratu Cantik

“Usia bukan penghalang, saya sentiasa ingin mencuba untuk menyertai dunia ratu cantik kerana ia sesuatu yang sangat inklusif. Saya tidak pernah lupa tentang warisan budaya

Buang stigma masyarakat

“MENERUSI program ini, ia boleh memberi kepercayaan kepada ibu bapa. “Jadi, kepada mereka yang mempunyai anak autisme, jangan risau, sentiasa ada caranya untuk menangani mereka,”

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP