YARM Sarawak raikan pelajar UiTM

KUCHING : Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) Sarawak menerusi Program Rai Ramadhan telah menyampaikan sumbangan juadah berbuka puasa kepada 139 orang pelajar Diploma Pengurusan Mutawwif Umrah dan Ziarah UiTM Kota Samarahan II.

Sumbangan disampaikan pengerusi YARM Negeri Sarawak, Awang Mohammad Putra Awang Sopeian.

Menurut Awang Putra, program Rai Ramadhan merupakan satu program kebajikan sempena bulan Ramadhan yang dibawakan khas oleh YARM Negeri Sarawak.

Pada masa yang sama, Putra dan rombongan yang disertai Setiausaha YARM Sarawak,
Dayang Aaliyah Abang Jefferi dan Ketua Penerangan YARM Sarawak, Nurr Shaffique Abdul Karim turut berkongsi mesej kempen Kamek Sikmok Rasuah YARM Sarawak bersama pelajar terlibat.

 

Awang Putra menyampaikan sumbangan juadah berbuka puasa kepada pelajar Diploma Pengurusan Mutawwif Umrah dan Ziarah UiTM Kota Samarahan II.

Suara Sarawak