YARM S’wak Sumbang Bakul Makanan

KUCHING: Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) Negeri Sarawak menerusi projek YARM SAYANG menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada salah seorang sukarelawan YARM Negeri Sarawak yang terjejas berikutan pandemik Covid-19 di Kampung Astana Lot, Petra Jaya, petang semalam..

Pengerusi YARM Negeri Sarawak, Awang Mohammad Putra Awang Sopeian berkata pemberian sumbangan bakul makanan ini adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) YARM SAYANG dalam membantu golongan yang memerlukan terutama sepanjang pandemik Covid-19.

Selain itu, katanya, pihaknya turut menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada enam keluarga di Kampung Astana Lot yang sedang menjalani kuarantin di rumah bagi pengesanan secara aktif wabak COVID19 di kawasan tersebut dapat dijalankan.

Awang Putra berharap aktiviti CSR YARM Negeri Sarawak itu dapat membantu meringankan beban golongan terjejas dalam menghadapi pandemik Covid-19 yang semakin menular.

Ketua Penerangan YARM Sarawak, Nurr Shaffique Abdul Karim dan AJK YARM Sarawak, Atharmizi Morshidi hadir sama.

Suara Sarawak