ARTIKEL

Yayasan PEKEMA Sarawak agih 550 beg sekolah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KANOWIT: Sebanyak 550 unit beg sekolah diagihkan oleh Yayasan PEKEMA Sarawak kepada dua buah sekolah rendah, iaitu Sekolah Kebangsaan St. Francis Xavier dan SJK (C) Liang Hua, di sini, semalam.

Disampaikan oleh Timbalan Presidennya, Tapah Ata, sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada siri sumbangan di bawah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Back-To-School persatuan tersebut untuk tahun 2023.

Beliau yang juga Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak memberitahu, program tahunan Back-To-School Yayasan PEKEMA tahun ini memilih Kanowit sebagai salah seorang penerima sumbangan tersebut.

SUMBANG… Tapah (tengah) menyampaikan beg sekolah kepada wakil murid tahun enam sambil disaksikan tetamu lain.

“Ini pertama sekali kita memilih (Kanowit) sekolah ini sebagai lokasi penyampaian sumbangan kita.

“Kita mahu berkongsi apa yang kita ada dengan golongan memerlukan, lebih-lebih lagi mereka yang berada di luar bandar dan pedalaman, yang jauh dari kota,” katanya.

Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, Program Back-To-School anjuran Yayasan PEKEMA Sarawak melibatkan sekolah-sekolah rendah di seluruh negeri Sarawak.

KENANGAN… Tapah (berdiri tengah) merakam gambar kenangan bersama warga sekolah dalam Program Back-To-School PEKEMA 2023 di Kanowit, semalam.

Tambahnya, meskipun sumbangan ini tidak dapat dikongsikan kepada semua murid, sekurang-kurangnya bagi sekolah yang terpinggir jauh dari kawasan kota akan cuba dibantu dan disantuni.

“Pemberian beg sekolah dan peralatan tulis ini saya kira sebagai tarikan untuk anak-anak semakin rajin dan bertambah minat untuk ke sekolah,” ujarnya.

Selain Kanowit, Yayasan PEKEMA Sarawak juga menghantar sumbangan beg sekolah ke sekolah di  bawah kawasan tadbiran Santubong, Serian, Semop, Gedong dan beberapa kawasan lain. 

Turut hadir dalam program berkenaan ialah Guru Besar SK St Francis Xavier, Cikgu Roslind John Manggie, Guru Besar SJK (C) Liang Hua, Cikgu Wong Fung Chuo, AJK PEKEMA Sarawak, Kijan Langgit, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pengurusan Murid Daerah Kanowit, Tius anak Sigi, ibu bapa serta murid-murid sekolah yang terlibat.

BERITA LAIN

Guna wang pampasan untuk pendidikan anak-anak

KUCHING: Penerima wang pampasan untuk Projek Pembangunan Pengangkutan Awam dan Kenderaan Transit Aliran Autonomi (ART)-Depot Sungai Batu, Santubong disarankan untuk menggunakan pampasan tersebut dengan sebaiknya.

Program TVET mampu lahirkan graduan premium

KUCHING: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu melahirkan graduan yang premium selepas tamat pengajian, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mohammad Yusof Apdal.

Tambah guru pelatih dan guru di Sarawak  

KUCHING: Kementerian Pendidikan dituntut untuk menambah bilangan guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) serta pengisian kekosongan jawatan guru di negeri ini.  Menteri Pendidikan, Inovasi

BERITA TERBARU

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan