Yayasan Pendidikan Dalat bantu 1,371 pelajar

DALAT: Sejak 2010 hingga 10 Mac tahun ini, Skim Bantuan Yayasan Pendidikan Dalat berjaya membantu seramai 1,371 pelajar dari Dalat meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, daripada jumlah itu pelajar peringkat sijil (487 orang), diploma (579 orang),ijazah (270 orang) dan lain (44 orang) dari kawasan Dalat dan Oya.

Menurutnya, kali ini yayasan berkenaan memperuntukkan RM4,600 daripada Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi membantu 15 pelajar yang memerlukan. Selain bantuan yayasan ini katanya, program kembali ke sekolah (RM9,000) turut membantu ibu bapa yang memerlukan.

Tambahnya lagi, bantuan awal persekolahan dengan kos RM9,000 itu diberikan kepada 60 penerima iaitu ibu tunggal, bapa tunggal, anak ramai dan anak yatim piatu.

“Kadar bantuan secara terus untuk ke IPT awam dan swasta bagi pelajar dari kursus ijazah ialah RM1,000, kemudian untuk diploma RM500 dan tingkatan enam RM200,” katanya lagi. “Sepatutnya sesi persekolahan dimulakan awal tahun ini, namun disebabkan pandemik Covid-19, tarikh pembukaannya ditunda.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 13 Mac 2021

Suara Sarawak