YAYASAN Sarawak menganjurkan Majlis Pengagihan Program Sekolah Luar Bandar Berprestasi Tinggi (HIPERS) 2022 pada 30 Mac 2022, di Auditorium Yayasan Sarawak.
Peruntukan bernilai RM2.1 juta itu bertujuan membiayai program dan aktiviti HIPERS di 51 sekolah di Sarawak, termasuk 26 sekolah rendah dan 25 sekolah menengah.
Majlis berlangsung secara hibrid itu disempurnakan oleh Pengarah Yayasan Sarawak Tuan Haji Mersal Abang Rosli, Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Dr Les Met yang mewakili Pengarah Pendidikan Sarawak.
Turut hadir Timbalan Pengarah (Bantuan Pendidikan) Yayasan Sarawak Louis Simon Peter, Pemangku Timbalan Pengarah Bahagian Korporat Mohamad Adzlie Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Biasiswa dan Program dan Bantuan Zamahari Saidi, pegawai Kanan Yayasan Sarawak serta 20 pengetua dan guru besar serta 82 peserta lain secara maya.
Tuan Haji Mersal dalam ucapannya berharap HIPERS menjadi penggerak utama ke arah kecemerlangan akademik di sekolah masing-masing dan contoh terbaik kepada sekolah lain.
Beliau juga berharap, semua sekolah HIPERS dapat menggunakan peruntukan tersebut dengan sebaik-baiknya melalui pelaksanaan HIPERS berdasarkan perancangan awal yang dipersetujui semasa sesi bengkel HIPERS lalu.
Bengkel HIPERS 2022 diadakan di Zon Selatan, Tengah dan Utara Sarawak pada 12 hingga 30 November 2022.
Bengkel Zon Selatan diadakan di Hotel Grand Margherita, Kuching, Zon Tengah di Hotel Kingwood, Sibu, dan bengkel Zon Utara di Hotel Imperial, Miri.
Seramai 175 peserta termasuk Pegawai Pendidikan Daerah, guru sekolah menengah dan sekolah rendah menghadiri bengkel berkenaan.
Hasil perbincangan semasa Bengkel HIPERS 2022, sebanyak 11 program dan aktiviti dilaksanakan oleh semua sekolah HIPERS.
Sebanyak 65 peratus atau RM1.5 juta daripada keseluruhan peruntukan digunakan untuk menaja aktiviti peningkatan akademik pelajar.
Pada masa yang sama, peruntukan HIPERS digunakan untuk membiayai program bukan akademik, aktiviti guru dan ibu bapa.
Mersal turut berkata, Yayasan PIHAK Pengurusan Yayasan Sarawak bersama-sama Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Dr Les Met dan wakil HIPERS.
Sarawak menyelia program tersebut melalui aplikasi ‘Education and Community Management System’ atau ringkasnya sistem ECM, diguna sepenuhnya oleh semua sekolah HIPERS.
Setiap sekolah hendaklah mengemas kini maklumat dalam sistem ECM secara berkala.

Sistem itu digunakan pada Jun 2022 berikutan sesi latihan untuk pentadbir aplikasi sekolah masing-masing.
Melalui sistem ini, pihak Yayasan Sarawak dapat mengkaji dan memantau pergerakan program, aktiviti dan perbelanjaan di semua sekolah HIPERS yang sebelum ini dilaksanakan secara manual.
Program HIPERS 2022 kali ini menjadi teras utama dalam usaha membangunkan pembangunan manusia.
Program dan aktiviti tersebut bertujuan memperkasa pelajar dari sekolah rendah hingga menengah agar mereka berupaya menjadi aset sumber manusia yang berharga pada masa hadapan.
Usaha kerjasama ini diharap dapat meningkatkan prestasi sekolah dan berjaya mencapai objektif program.