YB Safiee ziarahi keluarga lelaki maut jatuh sungai

DARO: Adun Daro Safiee Ahmad meluangkan masa menziarahi keluarga seorang lelaki yang meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam sungai Daro, semalam.

Jenazah lelaki berusia 48 tahun itu, selamat diuruskan di Masjid Daro sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Daro.

Sambil meluahkan perasaan sedih dan simpati, beliau turut berharap keluarga mangsa tabah dengan dugaan yang menimpa.

“Saya mendoakan yang terbaik dan semoga Allah merahmati mangsa,” ujarnya ringkas sejurus menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa.

Semalam, mangsa dilaporkan tiba-tiba terjatuh ke dalam sungai Daro sebelum diselamatkan oleh penduduk yang kebetulan berada tidak jauh dari tempat kejadian.

Bagaimanapun difahamkan, mangsa meninggal dunia kira-kira 10.35 malam tadi.

Suara Sarawak