Trending

YDP Agong masih terkesan, bergelinang air mata terpegun kasih sayang rakyat sepanjang kembara

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Foto: Istana Negara

Kembara Kenali Borneo 3-13 September lepas sangat memberi kesan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Berucap pada Majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan pada Sabtu malam di Kuching, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, menghadap Yang di-Pertuan Agong Khamis lepas, Baginda mengaku masih sangat terkesan dengan kasih sayang rakyat tunjukkan kepada baginda berdua sepanjang kembara tersebut.

Menurut Anwar, Baginda bicara dengan penuh perasaan, bergelinang air mata kerana terpegun dan terkesan dengan kasih sayang rakyat.

Rombongan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah memulakan perjalanan kembara di Tawau, Sabah pada 3 September lepas sebelum mengakhiri penjelajahan selama 11 hari di Telok Melano di selatan Sarawak pada 13 September.

Menurut Anwar, seluruh negara, bukan sahaja Sabah dan Sarawak dikejutkan dengan sambutan hangat serta tunjuk rasa kasih kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sepanjang kembara itu.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 Disember 2023

Berita Terbaru