ARTIKEL

YDP Dewan Negara, Mutang Tagal meninggal dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal telah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 11.46 pagi hari ini di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Berita duka pemergian Mutang itu disahkan melalui satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Akhbar beliau, Norhayati Manaf, hari ini.

Katanya, mendiang sebelumnya telah menerima rawatan di IJN setibanya di Malaysia pada 6 Mei lalu dari Azerbaijan untuk lawatan kerja rasmi.

Maklumat lanjut berkenaan pengebumian dan majlis penghormatan akan dimaklumkan kemudian.

Terdahulu, Mutang Tagal yang berusia 70 tahun telah dipilih menjadi Yang di-Pertua Dewan Negara yang ke-20 dan telah mengangkat sumpah di Dewan Negara pada 19 Februari lalu.

Mendiang merupakan Orang Ulu pertama yang dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara dan pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bukit mas pada tahun 1982 hingga 1990.

Mutang mempunyai latar belakang pendidikan dan praktis di dalam bidang perundangan dan pemergian beliau meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak

BERITA LAIN

‘Strongman Challenge’ tarik minat orang awam

KUCHING: Penganjuran pertandingan ‘Strongman Challenge’ dapat menggalakkan gaya hidup sihat dan minda yang kuat dalam kalangan anggota polis serta orang awam. Komandan Pulapol Kuching, SAC

BERITA TERBARU

‘Strongman Challenge’ tarik minat orang awam

KUCHING: Penganjuran pertandingan ‘Strongman Challenge’ dapat menggalakkan gaya hidup sihat dan minda yang kuat dalam kalangan anggota polis serta orang awam. Komandan Pulapol Kuching, SAC