SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Yong Heng B juara sepak takraw Kpg Sungai Putin

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
- TAHNIAH...Awla Dris (kanan) menyampaikan hadiah kepada pasukan Yong Heng B.

SIMUNJAN: Pasukan Yong Heng B berjaya dinobatkan juara pada Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Dan Jemputan Kampung Sungai Putin, Simunjan.

Dalam aksi final yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung Sungai Putin Ahad lalu, pasukan pilihan itu menumpaskan rakan sepasukan iaitu Yong Heng A dengan kemenangan (2-0).

Kejayaan itu membolehkan barisan pemain Yong Heng B membawa pulang hadiah wang tunai RM500 dan piala, manakala wang tunai RM300 berserta piala untuk pemain Yong Heng A selaku naib juara.

Sementara itu, dua lagi pasukan iaitu Nenz Frend A dengan Zodiak TC yang tewas di peringkat separuh akhir masing-masing menerima wang tunai
RM150 dan piala selaku pemenang tempat ketiga bersama.

Adun Simunjan, Awla Dris yang menyempurnakan majlis penyampaian hadiah menzahir rasa gembira dengan penganjuran kejohanan tersebut.

Beliau turut mengucap syabas kepada Kelab Sepak Takraw Sungai Putin (SOSTC) dan Pertubuhan Belia Kampung Sungai Putin atas inisiatif serta komitmen jawatankuasa terbabit dalam menganjurkan kejohanan itu.

“Saya percaya adanya usaha menganjurkan kejohanan ini, secara tidak langsung akan dapat menyemai kembali minat dalam kalangan generasi muda terhadap sukan tradisional tersebut,” ujar Awla.

Baca lain  Liga M3 2019: Siap sedia kutip tiga mata

Kejohanan dua hari pada hujung minggu lalu itu berjaya menghimpunkan 26 pasukan dari beberapa kawasan seperti Simunjan, Sebuyau, Asajaya, Kota Samarahan dan Kuching.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Kemenangan ke-13 JDT

SKUAD Johor Darul Ta’zim (JDT) mengekalkan rekod bersih apabila melakarkan

Perasmian menakjubkan

KEMBOJA mengalu-alukan penyertaan 2,000 atlet ‘istimewa’ dengan pericikan bunga api

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru