ARTIKEL

Foto Perhilitan Perak

Yong Manis akhirnya ditangkap, penduduk tarik nafas lega

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH: Seekor gajah betina yang ditangkap selepas berkeliaran di Kampung Lasah, Sungai Siput sejak Mei lepas, telah dipindahkan ke Taman Negeri Royal Belum, Gerik semalam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak Yusoff Shariff berkata mamalia berusia lima tahun seberat 1.1 tan yang digelar ‘Yong Manis’ ditangkap pada 6 Julai lepas dipercayai berasal dari Hutan Simpan Piah.

“Operasi memindahkan Yong Manis ke Taman Negeri Royal Belum mengambil masa kira-kira tiga jam dengan kekuatan 26 anggota Perhilitan Perak dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah.

“Kita menerima aduan kejadian gajah menceroboh kawasan kampung berkenaan sejak awal Mei menyebabkan bukan hanya tanaman durian malah kebanyakan pokok sawit dan getah milik penduduk kampung turut musnah,” katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.

Penduduk Kampung Lasah boleh menarik nafas lega apabila Yong Manis ditangkap setelah dipercayai merosakkan pelbagai jenis tanaman termasuk durian. – BERNAMA

BERITA LAIN

Makhamah persekutuan tolak rayuan bekas pemandu Grab

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan seorang bekas pemandu Grab untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Kementerian Sumber Manusia menolak pendengaran kes

PKR Sabah anjur himpunan Perdana Rakyat 4 Ogos ini

KOTA KINABALU: PKR Sabah akan menganjurkan program Himpunan Perdana Rakyat yang bakal diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di

Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee

KUALA LUMPUR: Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu, mempunyai pengalaman luas pada peringkat negeri dan persekutuan

BERITA TERBARU

SPFC julang Piala Sumbangsih Serian 2024

SERIAN: Jagoan terbilang SPFC berjaya merangkul Piala Sumbangsih Serian 2024 selepas menumpaskan X Movent 3-2 pada perlawanan pembukaan Liga Serian yang berlangsung di Kompleks Sukan

Makhamah persekutuan tolak rayuan bekas pemandu Grab

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan seorang bekas pemandu Grab untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Kementerian Sumber Manusia menolak pendengaran kes