
Menerusi YouTube Discovery Channel Korea, pelakon Yoo Seung Ho mencuba aiskrim gula apong semasa penggambaran Off The Grid di Kuching, Oktober 2022.
Dalam video itu, Yoo Seung Ho singgah ke gerai yang terletak di Tebingan Kuching untuk mencuba aiskrim berperisa gula apong.
Pelakon Korea tersebut kelihatan begitu teruja ketika pertama kali merasai aiskrim yang terkenal di bandar raya tersebut.
Walaupun tidak meminati makanan manis, namun selepas mencuba aiskrim tersebut, dia terus jatuh cinta dengan tekstur lazat aiskrim gula apong.
“Wah… saya bukanlah seorang yang suka makanan manis, tapi sekelip mata saya sudah habiskan aiskrim ini. Saya beli aiskrim sebab cuaca di sini agak panas, tapi rasanya saya sudah jatuh cinta,” katanya.