ARTIKEL

Young Tigers diyakini bangkit penuh semangat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOHOR BAHRU: Skuad remaja kebangsaan perlu memperbaiki segera beberapa kesilapan dan kelemahan yang ada dengan hanya berbaki empat minggu sebelum menghadapi kejohanan Piala Dunia Remaja (JWC) di Kuala Lumpur, bulan depan.


Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Seri Subahan Kamal berkata ia berdasarkan prestasi Young Tigers dalam Kejohanan Hoki Antarabangsa Piala Sultan Johor (SOJC) 2023 yang dilihat kurang memuaskan.

Beliau yang tidak berpuas hati dengan prestasi skuad remaja berkata pemain perlu disuntik semangat dengan menjalani latihan kem di Kuala Selangor dalam masa terdekat sebagai persediaan menghadapi JWC.

“Kalau hendak kata saya puas hati (dengan prestasi) mereka dalam SOJC, memang saya menipu kalau saya kata puas hati. Jadi, banyak perkara yang jurulatih kena perbaiki.


“… kerana ada beberapa kesilapan mereka buat adalah kesilapan yang lazim, namun sekiranya anda terus mengulangi kesilapan yang sama, ada sesuatu hal yang tidak betul. Jadi, inilah yang kita perlu ada dalam sesi perbincangan itu,” katanya pada sidang media selepas perlawanan akhir SOJC antara Jerman dan Australia di Stadium Hoki Taman Daya di sini semalam.


Subahan berkata Young Tigers diyakini bangkit dengan lebih bersemangat memandangkan mereka akan menerima kehadiran pakar pukulan sudut penalti dari Australia, Christopher Ciriello yang mampu membantu menajamkan lagi pukulan sudut penalti pemain.


Beliau pada masa sama berkata meskipun skuad remaja kecundang dan sekadar di tempat ketujuh dalam SOJC, pemain dilihat masih mampu memberikan saingan kepada pasukan-pasukan gergasi dunia dalam kejohanan SOJC.


Sepanjang kempen SOJC, skuad remaja kebangsaan kalah dalam empat perlawanan dan hanya menewaskan Afrika Selatan 3-2 di peringkat penentuan tempat ketujuh dan kelapan.


Jerman menjuarai SOJC 2023 selepas menewaskan Australia 3-1 menerusi penentuan pukulan penalti.
India di tempat ketiga setelah menumpaskan Pakistan 6-5 dan Great Britain di tempat kelima apabila mengalahkan New Zealand 5-3.– BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Harimau Malaya pindah kandang jika…

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mempunyai perancangan sekiranya Stadium Nasional Bukit Jalil tidak bersedia untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Harimau

Pencarian bakat baharu di Betong

BETONG: Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA), Abang Suhordie Abang Zaini, menzahir ucapan terima kasih kepada pihak Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) Sarawak

BERITA TERBARU

Bakih strategik KGC deka ditambah

SARIKEI: Opis Menteri Pemansang Indu, Nembiak Mit enggau Pengelantang Komuniti Sarawak (KPWK) benung chakah ngatur pengawa sida ngambi mayuh agi premis nerima Kenyalang Gold Card

WBC 2024: 13 negara terawal sahkan penyertaan

KUCHING: Seramai 13 petinju dari negara berbeza telah mengesahkan penyertaan mereka untuk bersaing di Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan,