PELAKON Korea Selatan, Chu Young Woo dan Joo Ji Hoon bergandingan dalam drama perubatan. Agensinya J,wide company mengatakan Young Woo menyemak tawaran untuk membintangi drama perubatan tersebut.
Young Woo ditawarkan watak Yang Jae Won — satu-satunya anak lelaki dalam keluarga doktor dan lepasan sekolah perubatan dengan gred cermelang serta menerima biasiswa penuh.
Drama perubatan berjudul Severe Trauma Center: Golden Hour itu merupakan adaptasi daripada novel web yang ditulis oleh Lee Nak Joon.
Drama ini merakamkan kisah Doktor Baek Kang Hyuk, ketua pusat trauma di hospital universiti dan profesor baru dilantik membentuk pasukan trama.
Untuk makluman, Joo Ji Hoon memegang watak utama dalam drama tersebut sebagai Baek Kang Hyuk — doktor genius tinggi, kacak dan juga memiliki kemahiran pembedahan yang tiada tandingan.