ARTIKEL

Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin pernah beraksi dalam acara lebuh raya lelaki bagi kelas C1-3 di temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Yusof Hafizi terus mengayuh cemerlang di India

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pelumba berbasikal para negara, Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin, terus menampilkan kayuhan cemerlang pada Kejohanan Berbasikal Trek Para Asia 2024 di New Delhi, India, untuk merangkul pingat emas keempat menerusi acara kejar mengejar individu lelaki, C1 (kecacatan fizikal), semalam.

Yusof Hafizi menewaskan pencabarnya, Mohammaed Almarri dari Arab Saudi, dalam saingan dua penjuru sekali gus menambah koleksi emas di India selepas memenangi pecut berpasukan campuran C1-5 bersama Zuhairie Ahmad Tarmizi dan Muhammad Hafiz Jamali dan dua lagi pingat emas acara individu, iaitu perlumbaan scratch lelaki C1 dan ujian masa lelaki 1 kilometer C1 sebelum ini.

Kejayaan Mohamad Yusof diteruskan oleh Muhammad Adi Raimie Amizazahan yang menyambar pingat emas kejar mengejar individu lelaki C3 (kecacatan fizikal) selepas berjaya meninggalkan wakil Indonesia, Tifan Abid Alana, yang memenangi pingat perak, manakala Rashed Alahmari dari Arab Saudi meraih pingat gangsa.

Kategori kejar mengejar individu lelaki C5 (kecacatan fizikal) pula menyaksikan Malaysia meraih perak dan gangsa, masing-masing menerusi Zuhairie dan Muhammad Hafiz di belakang juara dari Indonesia, Sufyan Saori.

Sementara itu, skuad negara mendominasi acara kejar-mengejar tandem B (kecacatan penglihatan) lelaki dan wanita.
 
Mohd Khairul Hazwan yang dibantu Muhd Arfy Qhairant Amran unggul dalam acara lelaki dengan mengecewakan rakan senegara, Ahmad Ahlami Mohamad, sambil dibantu jurumudi, Muhammad Khairul Adha, untuk merangkul perak pada aksi final yang membabitkan dua wakil sahaja.
 
Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais dengan bantuan jurumudi, Farina Shawati Mohd Adnan, tidak berdepan masalah menguasai saingan wanita untuk mengatasi Watcharobon Boonmalert bersama jurumudi, Kanyarat Kesthonglang, dari Thailand yang membawa pulang perak manakala gangsa milik seorang lagi wakil negara, Nur Suraya Muhamad Zamri yang dibantu oleh Nurul Suhada Zainal. – BERNAMA

BERITA LAIN

Misi Kuching City FC cari kemenangan pertama

KUCHING: Pengurus Kuching City FC, Irwanshah Mohamad menegaskan, tiga mata tetap menjadi buruan pasukannya pada perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam

28 pasukan beradu nasib hujung minggu ini

KUCHING: Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Novis anjuran Akademi Takraw Satok (ATAS) 2024 akan berlangsung gelanggang Kelab Sukan Komuniti (KSK) Satok/SLPAS, Kuching pada Sabtu dan Ahad

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.