ARTIKEL

Yuyun Hikmah rancang sambung belajar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PELAKON remaja, Yuyun Hikmah berkata buat masa sekarang dia belum menerima apa-apa tawaran berlakon dan dalam perancangan sambung belajar. 

Untuk pengetahuan, Yuyun ialah pelakon paling muda dalam fi lem sumpahan Jerunei yang memegang watak sebagai Matalau. 

“Masa tu saya baru tingkatan dua, gementar jugalah nak bawa watak yang ada impak dalam cerita.

Kalau takda saya tak dalah tiba-tiba benda ini adalah sumpahan itu kan. 

“Dengan saya 100 peratus kena berbahasa Melanau tiada langsung penggunaan bahasa Melayu biasa, tetapi Alhamdulillah ramai orang sekeliling yang sokong saya,” katanya kepada Suara Sarawak. 

Biarpun mengalami kesukaran berbahasa Melanau, Yuyun bersyukur apabila ada pakar bahasa yang banyak memberi bimbingan. 

“Saya ada sebulan untuk hafaz. 

Malah dekat lokasi pun masih juga ambil masa untuk menghafaz. 

“Apabila babak berkaitan dengan orang Sarawak sendiri, ada sebutan yang salah mereka akan tolong perbetulkan tambah dengan orang sekeliling yang memberi sokongan,” ujarnya kepada pemberita. 

Dalam pada itu, Yuyun akui penghayatan untuk cerita ini sangat dalam ambil masa yang untuk menghayati jalan cerita. 

“Puas hati atau tidak bukan terletak pada saya tetapi terpulang kepada penonton itu sendiri.

Sebab kita dah buat yang terbaik sebab cerita itu dah lama 2019, kita boleh untuk sampaikan dan tunggu review daripada penonton sendirilah 27 Julai ini,” katanya. 

BERITA LAIN

Lelaki dipenjara menyamar ahli BTS

LELAKI yang dikenali sebagai A dijatuhkan hukuman penjara kerana menyamar sebagai ahli BTS untuk memperoleh lagu yang belum dikeluarkan BTS. Memetik media antarabangsa, mahkamah mengekalkan

Harapan Bujang Sarawak ke AJL

LAGU Bujang Sarawak yang dinyanyikan oleh Baby Shima semakin mengukuhkan kedudukan di Muzik-Muzik 39. Kali ini Bujang Sarawak mendapat tempat ketiga dalam undian Muzik-Muzik 39.

BERITA TERBARU

Misi Kuching City FC cari kemenangan pertama

KUCHING: Pengurus Kuching City FC, Irwanshah Mohamad menegaskan, tiga mata tetap menjadi buruan pasukannya pada perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam

Dua pendam lama di Song disengkubang

SONG: Dua pendam Iban ditu udah disengkubang orang nadai tanggungpengawa ba penusah diripot nyadi kena 20 enggau 22 Mei tu tadi. Tuai Polis Pelilih Song,