ARTIKEL

Zahid Hamidi yakin GPS menang kerusi Jepak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kerajaan Perpaduan yakin Gabungan Parti Sarawak (GPS) bakal memenangi kerusi tradisi, Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 4 November ini.

Demikian harapan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menganggap GPS sebagai sebuah parti Sarawak cukup kuat untuk memenangi PRK Dun Jepak akan datang. 

“Kita yakin GPS merupakan sebuah parti Sarawak yang cukup kuat, malah Jepak merupakan kerusi tradisi GPS. Oleh itu, kita yakin GPS mempunyai jentera yang kuat untuk memenangi Dun Jepak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media dalam sidang akhbar selepas hadir Mesyuarat Penyelarasan Antara Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah bersama Exco-Exco Luar Bandar (MEXCLUB) di sini hari ini. 

Bagaimanapun kata Presiden UMNO itu, Kerajaan Perpaduan juga akan membantu GPS jika parti itu memerlukan bantuan pada PRK Jepak nanti.

“Sskiranya pada PRK Dun Jepak kita diminta untuk membantu, kita akan membantu (GPS),” katanya lagi.

Terdahulu Pengerusi GPS Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg beri jaminan akan meletakkan calon dari parti itu bagi PRK Dun Jepak. 

Bagaimanapun, Abang Johari masih belum beri bayangan individu ataupun calon yang akan dipertaruhkan daripada parti tersebut. 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Jepak, Sarawak pada 4 November depan.

Kerusi DUN Jepak diisytiharkan kosong susulan kematian penyandangnya, Datuk Talib Zulpilip pada 15 September lepas.

Talib, 72, menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 5.50 petang ekoran komplikasi buah pinggang setelah dimasukkan ke pusat perubatan sehari sebelumnya.

Allahyarham ialah penyandang kerusi DUN Jepak di bawah Parlimen Bintulu selama enam penggal sejak 1996.

LAIN-LAIN BERITA

Tun Taib meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Mantan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menghembus nafas terakhir di pusat perubatan C-V-S Kuala Lumpur pada 4.40 pagi

BERITA TERBARU

Projek panel solar kurangkan kos elektrik

SEBUYAU: Kolej Universiti i-CATS telah melaksanakan Projek Pemasangan Panel Solar di Kampung Lumut Baru yang bertujuan untuk membantu penduduk di kawasan ini. Projek itu dilaksanakan

Jom lihat flora, fauna waktu malam

KUCHING: Orang ramai berpeluang untuk melakukan aktiviti Urban Forest Night Walk di Sama Jaya Nature Reserve, pada waktu malam bermula jam 7 hingga 10 malam.

Johor belajar daripada Sarawak

KUCHING: Lawatan kerja ke Sarawak semalam adalah sebahagian daripada penanda aras projek Transit Aliran Autonomi (ART) yang akan dilaksanakan di negeri Johor. Menurut kenyataanya, Kerajaan

Premier sokong reka bentuk dalaman terkini ART

KUCHING: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyokong konsep dan reka bentuk dalaman terkini Transit Aliran Autonomi (ART). Sarawak Metro Sdn. Bhd.