ARTIKEL

Zakat perniagaan RM220,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Senari Synergy Sendirian Berhad menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM220,000 kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), semalam.

Majlis penyerahan zakat yang disaksikan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg itu berlangsung di Wisma Bapa Malaysia di sini.

Zakat tersebut diserahkan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Senari Synergy Jefri Ahmad Tambi kepada Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha serta Pengurus Besar TBS, Datuk Abang Mohd Shibli Abg Mohd Nailie.

Sementara itu semasa ditemui Jefri Ahmad Tambi berkata, sebahagian daripada peruntukan zakat tersebut akan dimanfaatkan bagi membantu anak-anak daripada keluarga yang kurang berkemampuan untuk mendapat bantuan pembelajaran. 

“Sebahagian daripada peruntukan itu akan digunakan untuk program Permata Synergy bagi membantu anak-anak kurang berkemampuan yang berusia lima sehingga 12 tahun.

“Ia bertujuan untuk mereka mendapatkan akses pendidikan sekali gus mengurangkan masalah sosial,” katanya. 

Terdahulu, Premier Sarawak turut menerima kunjungan hormat daripada rombongan RHB Bank yang diketuai Pengarah

Urusan Kumpulan RHB Bank, Mohd Rashid Mohamed, bertujuan memperkukuhkan lagi kerjasama antara Kerajaan Sarawak dengan pihak bank tersebut.

BERITA LAIN

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan

Perlindungan kanak-kanak diperketat

PETRA JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam proses meminda Akta Kanak-Kanak 2001, bagi memperketatkan lagi perlindungan terhadap kanak-kanak. Menterinya, Datuk Seri Nancy

Sikap toleransi kunci perpaduan Sarawak

BALAI RINGIN: Sikap toleransi yang diamalkan oleh penduduk Sarawak merupakan kunci kepada perpaduan wilayah ini. Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk

BERITA TERBARU

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan