ARTIKEL

Zelensky ikrar kalahkan Rusia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BUCHA: Presiden Volodymyr Zelensky pada Jumaat berikrar untuk mengalahkan Rusia, ketika bercakap dengan pemimpin Eropah di Bucha setahun selepas tentera Moscow berundur dari bandar Ukraine yang menjadi sinonim dengan dakwaan jenayah perang.

Sementara itu, Presiden Rusia, Vladimir Putin mendedahkan doktrin dasar luar baharu yang menyebut Barat menimbulkan ancaman kewujudan kepada Moscow dan Kremlin terletak di tengah-tengah tamadun Rusia yang lebih luas.

Di Geneva, Ketua Hak Asasi manusia Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB), Volker Turk memberi amaran bahawa perang Rusia di Ukraine membuat pencabulan hak teruk sebagai rutin yang mengejutkan dan mengganggu kemanusiaan daripada memerangi ancaman wujud terhadap kelangsungannya.

Tentera Rusia berundur dari Bucha, sebuah bandar komuter di barat laut Kyiv, pada 31 Mac 2022, lebih sebulan selepas Putin mengarahkan tenteranya untuk menyerang Ukraine dan meninggalkan jejak kematian dan kemusnahan.

Pada 2 April tahun lalu, wartawan AFP menemui mayat sekurangkurangnya 20 orang dalam pakaian awam, sebilangannya dengan tangan diikat ke belakang, terbaring di jalan pinggir bandar.

“Pertempuran untuk asas dunia bebas sedang berlaku di tanah Ukraine.

Kami pasti akan menang. Kejahatan Rusia pasti tumbang di Ukraine,” kata Zelensky di bandar Bucha.

Kemudian semasa sidang kemuncak di Kyiv, beliau menyeru supaya Bucha menjadi simbol keadilan.

“Kami mahu setiap pembunuh, pelaksana hukuman mati, pengganas Rusia bertanggungjawab atas setiap jenayah it,” tambahnya.

Ukraine dan sekutu Baratnya menuduh tentera Rusia melakukan jenayah perang, merujuk kepada rakaman meluas dan kenyataan saksi.

Pendakwa raya di Kyiv mengatakan tentera Rusia membunuh kira-kira 1,400 orang awam di sekitar Bucha dan mereka mengenal pasti puluhan tentera Rusia yang bertanggungjawab.

Moscow mendakwa bahawa cerita kekejaman yang dilakukan di Bucha itu sengaja diada-adakan.

BERITA LAIN

Empat maut dalam insiden tanah runtuh di Antipolo

MANILA: Kejadian tanah runtuh di bandar Antipolo, timur Manila meragut empat nyawa setakat ini, menurut jurucakap Pejabat Pengurusan Pengurangan Risiko Bencana Bandar Antipolo, Relly Bernardo

Budak 5 tahun dijangkiti selesema burung

PHNOM PENH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dari Wilayah Takeo di selatan Kemboja disahkan dijangkiti selsema burung H5N1, menjadikan jumlah kes kepada tujuh sejak

Singapura benarkan 16 serangga dimakan

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Isnin telah meluluskan 16 spesies serangga untuk makanan manusia termasuk serangga tertentu seperti cengkerik, belalang juta, belalang, “mealworm”, ulat

BERITA TERBARU