ARTIKEL

Zharmien teruja sarung jersi Kedah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bekas penyerang muda Sarawak United FC (SU FC), Mohammad Zharmien Ashraf Ismail, 20 teruja apabila mendapat peluang menyarung jersi pasukan Kedah Darul Aman FC musim depan.

Dengan kontrak setahun ditawarkan, penyerang lincah kelahiran Kampung Iboi Ulu, Sadong Jaya itu menyifatkan ia merupakan landasan terbaik untuk dirinya terus maju dalam kerjaya bola sepak.

Katanya, ia merupakan peluang bagi dirinya meningkatkan prestasi serta meraih pengalaman baharu bersama sang Kenari.

SERTAI KEDAH…Mohammad Zharmien Ashraf Ismail.

“Gembira apabila mendapat peluang menyarung jersi pasukan Kedah Darul Aman FC musim depan.

“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan Kedah Darul Aman FC atas kepercayaan diberikan itu,” ujar Zharmien kepada Arena Suara Sarawak

Anak ketiga dari lima beradik itu juga ingin berterima kasih kepada kedua orang tuanya (Ismail Sadak dan Suraya Lariwoo) kerana merestui keputusannya untuk berhijrah dan menyertai skuad hijau kuning itu.

Zharmien juga ingin mengucap terima kasih kepada bekas majikannya (Sarawak United) kerana telah memberi peluang kepadanya menyarung jersi pasukan itu.

Zharmien yang begitu mesra dengan panggilan Hakim dikalangan rakan-rakannya antara penyerang muda berbakat di Sarawak ketika ini.

Beliau sering berada dalam barisan utama skuad Sarawak United sepanjang saingan musim ini dan berjaya menjaringkan satu gol pada kempen Piala FA 2022

Beliau juga merupakan antara tonggak utama dalam skuad Piala Presiden 2022 dan skuad Sukma 2022.

BERITA LAIN

Larian Hari Sarawak di Binatngor

BINTANGOR: Orang ramai dipelawa menyertai Larian Hari Sarawak sempena sambutan Sarawak Merdeka Peringkat Daerah Bintangor, pada 22 Julai ini. Acara itu dijangka kehadiran lebih 800

Persiapan SUKMA 2024 capai lebih 90 peratus

KUCHING: Persiapan bagi penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang akan berlangsung di Sarawak pada Ogos ini sudah mencapai lebih 90 peratus. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)

BERITA TERBARU

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta