Ziarah insan kurang bernasib baik menjelang Syawal

Mukah : Dicelah keindahan Ramadan serta kehangatan bahang Syawal yang kian terasa, masih ada juga umat Islam yang kurang bernasib baik berada dalam kesempitan disaat orang lain sudah bersiap sedia menyambut Syawal.

Lantaran dengan itu, Pertubuhan Belia Parlimen Mukah (PBPM) yang diketuai oleh Pengerusinya, Royston Valentine menziarahi Mohamad Suhaimi Bin Zainunabidin yang patah tulang paha akibat kemalangan jalan raya baru-baru ini.

Suhaimi yang berasal dari Kelantan, merupakan tukang masak di Gerai PBPM, Bangunan Pejabat MDDM Lama, Mukah. Hasil perkahwinan dengan isterinya yang berasal dari Sabah dan baharu sahaja menimang cahaya mata pertama pada April lepas.

Menurut Royston, PBPM menyampaikan barangan dapur untuk persiapan hari raya bagi keluarga Suhaimi bagi meringankan beban seterusnya dapat meraikan Aidilfitri.

Suara Sarawak