ARTIKEL

Zii Jia cari rakan sparring

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pencarian rakan sparring buat Lee Zii Jia  merupakan antara perkara yang dibincangkan pemain perseorangan profesional negara itu bersama Ketua Kontinjen Malaysia (CDM) ke Sukan Olimpik 2024 Datuk Hamidin Mohd Amin semalam. 

Pemain berusia 25 tahun itu berkata, beliau dan Hamidin turut menyentuh mengenai perancangan untuk menjalani latihan di luar negara dalam memastikan peningkatan prestasinya menjelang temasya sukan berprestij berkenaan.  

“Ia (perbincangan) termasuk juga perancangan untuk saya sertai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk gunakan fasiliti, kita akan lihat apa rancangan lain yang Datuk Hamidin buat. 

“Masalah jurulatih sudah selesai, jadi saya harap ia akan membawa saya dan pasukan haluan yang bagus untuk ke Olimpik ini,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan bersama Hamidin semalam. 

Perbincangan itu bagi membincangkan keperluan selain persediaan Zii Jia untuk berentap dalam kejohanan antarabangsa.

— LAGI 

SUKAN-BADMINTON (ZII JIA) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR

Selain itu Zii Jia memaklumkan jurulatih baharunya Wong Tat Meng memerlukan masa kira-kira sebulan untuk menyelesaikan urusan di Hong Kong. 

Katanya, segala perancangan mengenai latihan bagi program Road To Gold (RTG) akan diketahui sebaik Tat Meng tiba di Malaysia. 

Tat Meng, yang juga merupakan bekas jurulatih kebangsaan, sebelum ini berkhidmat untuk beberapa pasukan di luar negara termasuk pasukan kebangsaan Korea Selatan dan Hong Kong.

Zii Jia telah beraksi tanpa jurulatih sepenuh masa selepas berpisah dengan bekas jurulatihnya Indra Wijaya dari Indonesia akhir tahun lepas.

Pemain kelahiran Kedah itu dijadual untuk membuat penampilan seterusnya pada Terbuka Singapura minggu hadapan diikuti Terbuka Indonesia. 

Sebelum ini, Zii Jia tersingkir seawal pusingan kedua Masters Malaysia selepas ditewaskan wakil Taiwan Lin Chun-Yi 19-21, 21-26, 15-21. — BERNAMA

Thursday , 01 June 2023

BERITA LAIN

Zii Jia mara separuh akhir Terbuka Australia

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia meneruskan kemaraan dalam Terbuka Australia dengan bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan pemain Jepun

SMK Muara Tuang muncul juara

SADONG JAYA: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Muara Tuang melakar sejarah tersendiri apabila muncul juara Kejohanan Bola Sepak Bawah 15 Tahun, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Bahagian (MSSB)

BERITA TERBARU

Miss Stellar World Malaysia Borneo 30 Jun ini

Mrs Global Asian 2023, Kimi Tomas menjemput orang ramai untuk menghadiri Miss Stellar World Malaysia Borneo 2024 (MSWM) Final di Grand Riverine Ballroom, Kuching pada

Perbincangan meja bulat

MESYUARAT Lembaga Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (Ikmas) kali ke-23 berjaya diadakan di Bilik Seminar Mulu, Raia Hotel, Kuching, pada 5 Jun lalu. Mesyuarat dipengerusikan