Trending

Zii Jia terkandas di separuh akhir Terbuka Australia

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUALA LUMPUR: Langkah jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia untuk bangkit semula daripada prestasi tidak menentu musim ini berterusan apabila laluan ke final tersekat di separuh akhir Terbuka Australia semalam.

Selepas tersingkir seawal pusingan pertama dalam empat kejohanan berturut-turut sebelum ini, pemain nombor 17 dunia itu, tewas 19-21, 21-13, 13-21 kepada pemain nomber 24 dunia, Hong Yang dari China dalam perarungan selama 81 minit dfi Arena Quaycentre di Sydney.

Hong Yang akan berdepan dengan pemain India, HS Prannoy di pentas final hari ini.

Prannoy melangkah ke final dengan menyingkirkan rakan senegara, Priyanshu Rajawat, 21-18, 21-12 dalam satu lagi aksi separuh.

Susulan kekalahan  Zii Jia di pentas separuh akhir, cabaran Malaysia berakhir dalam Terbuka Australia selepas pemain perseorangan Ng Tze Yong dan juara bergu lelaki dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terkandas di peringkat suku akhir, kelmarin. – BERNAMA

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Gol Ronaldo memukau

BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo membuktikan sentuhan ajaibnya apabila menyumbat gol

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru