ARTIKEL

Zii Jia tersingkir awal, tersungkur oleh pemain China

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia nampaknya tidak dapat mencari ramuan ajaib untuk memecahkan sumpahan ‘tersungkur awal’ selepas tewas 21-16, 19-21, 15-21 kepada pemain China, Lu Guang Zu, pada pusingan pertama Terbuka Malaysia 2024 di Arena Axiata, di sini semalam.

Zii Jia, yang bukan pemain pilihan, hanya perlu dipersalahkan kerana mensia-siakan permulaan cemerlang dalam perlawanan pertama untuk membolehkan pemain nombor 19 dunia, Guang Zu, bangkit untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.

Terkedu, Zii Jia melakukan banyak kesilapan dalam set penentuan ketika Guang Zu kekal tenang untuk mengesahkan tempat ke pusingan kedua.


Ini adalah penyingkiran awal ketiga berturut-turut Zii Jia dalam Terbuka Malaysia – setelah tewas 19-21, 21-19, 16-21 kepada pemain Indonesia, Shisar Hiren Rhustavito pada pusingan kedua pada 2022 dan 21-13, 17-21, 19-21 kepada Kodai Naraoka dari Jepun pada pusingan pembukaan tahun lepas..

Zii Jia juga telah tersingkir awal dalam Terbuka Malaysia pada 2019, kalah 17-21, 21-19, 15-21 kepada pemain Thailand Suppanyu Avihingsanon pada pusingan pertama.

Pemain nombor 11 dunia Zii Jia mengakui Guang Zu beraksi jauh lebih baik daripadanya semalam, terutama dalam permainan defensif sepanjang perlawanan set penentuan.

“Saya melakukan apa sahaja yang diajar oleh jurulatih, cuma saya tidak cukup konsisten. Bagaimanapun, banyak lagi kejohanan akan datang dan saya hanya perlu terus berusaha lebih gigih lagi,” katanya.

Pemain berusia 25 tahun itu bagaimanapun percaya dengan kebolehannya dan yakin akan menang di laman sendiri suatu hari nanti.

“Kadang-kadang anda menang, kadang-kadang anda kalah. Saya benci perlu menjawab jika saya boleh kembali lebih kuat selepas kekalahan, penat mengulangi perkara yang sama, tetapi saya perlu bersabar. Tidak tahu bila saya boleh berdiri di sana sebagai pemenang… semoga suatu hari nanti,” katanya.

Pemain muda Kedah itu akan kembali beraksi pada Terbuka India 2024 minggu depan di New Delhi, di mana dia akan menentang pemain Kanada, Brian Yang pada pusingan pertama.

Sementara itu, pilihan keempat Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia menewaskan Su Li Yang dari Taiwan 21-18, 21-12 untuk berdepan dengan dengan Guang Zu.

Pemain nombor 25 dunia Toma Junior Popov dari Perancis mencipta kejutan apabila menyingkirkan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2020 dan nombor 14 dunia, Chou Tien Chen dari Taiwan 21-11, 19-21, 21-15.

Pada pusingan kedua, Popov akan menentang pilihan ketujuh Shi Yu Qi selepas pemain China itu bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan pemain Denmark, Rasmus Gemke 20-22, 21-12, 21-10.
BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Enam perlawanan ujian awal sri kandi Sarawak

KUCHING: Ketua jurulatih skuad bola sepak wanita, Suffian Ibrahim menegaskan enam perlawanan persahabatan bakal diharungi barisan pemain yang berada dalam skuad bayangan ketika ini. Tiga

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim