ARTIKEL

Zii Jia tidak sertai program Road to Gold

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PEMAIN perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia kekal dengan keputusan untuk tidak menandatangani persetujuan komitmen (LOC) sekali gus tidak lagi berada di bawah program Road to Gold (RTG).

Jawatankuasa program RTG menerusi kenyataan semalam memaklumkan keputusan tersebut dicapai bersama pasukan LZJ, mewakili atlet berusia 25 tahun itu menerusi pertemuan secara dalam talian.


Menerusi pertemuan tersebut, Zii Jia diwakili jurulatihnya Wong Tat Meng serta Liew Daren dan pengurusnya Lee Zii Yi menerangkan pendirian diambil atlet itu untuk tidak menyertai program tersebut, selain tidak lagi memerlukan bantuan bagi merealisasikan prospek pingat pada Sukan Olimpik 2024 Paris.

“Namun begitu, pasukan LZJ telah memberi jaminan bahawa mereka akan terus bekerjasama rapat dengan semua pihak berkepentingan berkaitan.

“Ia seperti Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) menjelang Sukan Olimpik Paris,” menurut kenyataan itu.

Pada Oktober lepas, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata Zii Jia yang berada di ranking ke-11 dunia, merupakan satu-satunya atlet yang belum menandatangani perjanjian itu dan diberikan tempoh 14 hari untuk melengkapkan komitmen berkenaan. Tempoh tersebut berakhir semalam.

Sementara itu, Hannah yang juga Pengerusi Bersama Jawatankuasa RTG ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Wanita Dalam Sukan ASEAN 2023 hari ini, berkata pihaknya tidak boleh memaksa manamana atlet untuk bersetuju bagi menyertai program RTG.

“RTG adalah satu kemudahan LEE ZII JIA… Kini di ranking ke-11 dunia. yang kita wujudkan untuk membantu memberikan perkhidmatan tambahan untuk atlet yang akan ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Kita juga nyatakan RTG adalah platform untuk kita nak hapuskan semua birokrasi sebelum ini.

“Namun, saya tidak boleh paksa atlet yang tidak mahu terima ataupun mereka ada fasiliti lain yang mereka ada akses.

Itu terpulang kepada atlet masing-masing dan sebab itu, kita sediakan kontrak asas untuk atlet.

“Saya percaya mahu atau tidak, perlu atau tidak perlukan perkhidmatan tambahan daripada RTG adalah keputusan yang perlu dibuat atlet itu sendiri,” katanya.- Bernama

LAIN-LAIN BERITA

TNB buru gelaran treble

KUALA LUMPUR: Setelah menamatkan kemarau 21 tahun untuk merangkul kejuaraan Liga Hoki Malaysia (LHM) 2024 semalam, Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini dalam misi memburu gelaran

BERITA TERBARU