ARTIKEL

Zon Ekonomi Sibu pemangkin kerjaya belia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Peluang pekerjaan di Sibu perlu dipertingkat bagi memastikan lebih ramai anak tempatan memilih untuk membina kerjaya serta menetap di bandar ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr. Annuar Rapaee berkata, pelaksanaan Zon Ekonomi Sibu (SEZ) dengan suntikan awal sebanyak RM1.5 bilion dijangka menjadi pemangkin kepada pewujudan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.

Menurut beliau, usaha itu penting bagi mengurangkan penghijrahan golongan berpendidikan ke bandar lain akibat kekurangan peluang pekerjaan di Sibu.

“Peluang pekerjaan di Sibu harus ditingkatkan bagi memberi ruang kepada pelajar yang hadir pada malam ini untuk terus menetap dan membina masa depan di bandar ini.

“Kita berusaha meminimumkan fenomena brain drain, iaitu apabila anak-anak tempatan yang berpendidikan terpaksa berhijrah ke tempat lain untuk mendapatkan pekerjaan.

Kita tidak mahu keadaan itu berlaku secara berterusan sehingga Sibu kehilangan tenaga mahir yang diperlukan untuk memacu pembangunan bandar ini,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Perhimpunan Silaturahim Pelajar DUN Nangka yang menghimpunkan kira-kira 1,000 pelajar di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, Universiti Teknologi Sarawak (UTS), barubaru ini.

Dr. Annuar berkata, cadangan mewujudkan SEZ bermula menerusi program Sarawakku Sayang (SKS) sebagai langkah menangani pertumbuhan penduduk yang perlahan di Sarawak, khususnya di Sibu.

Beliau menjelaskan jumlah penduduk Sarawak ketika ini sekitar 2.5 juta, lebih rendah daripada unjuran awal sebanyak 2.8 juta, sekali gus memberi kesan kepada komposisi penduduk di beberapa kawasan termasuk Sibu.

Menurutnya, keadaan itu menyaksikan bandar berkenaan semakin didominasi oleh golongan warga emas, sekali gus memberi impak terhadap produktiviti dan perkembangan sosioekonomi setempat.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa pembangunan SEZ bukan sekadar bertujuan merancakkan ekonomi, malah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan yang mampu menarik siswazah, tenaga mahir dan pelabur untuk terus memilih Sibu sebagai destinasi bekerja serta melabur.

Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Sayed Azmee Wan Junaidi dan Kaunselor Syed Hamzah Wan Hamid Edruce, antara yang hadir pada program itu.

BERITA LAIN

Pelaburan RM218.5 bilion cipta 99,030 peluang pekerjaan

PUTRAJAYA: Sebanyak 2,746 projek pelaburan yang diluluskan pada separuh pertama 2026 dijangka mewujudkan 99,030 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia. Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan

BERITA TERBARU