ARTIKEL

Zon Kewangan Khas beri manfaat kepada Johor, Singapura

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JOHOR BAHRU: Zon Kewangan Khas (ZKK) di Forest City, dijangka memberi manfaat kepada Johor dan Singapura terutama dalam sektor pekerjaan, seterusnya menjana pertumbuhan ekonomi bagi kedua-dua negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri Stulang, Andrew Chen Kah Eng berkata limpahan ekonomi akan menjadi lebih pesat dalam bidang kewangan, pembuatan dan perkhidmatan, dengan Johor telah dan akan menarik lebih banyak pelaburan menerusi usaha sama dua negara.

Kedudukan Johor yang terletak di sebelah Singapura selain menjadi negeri paling diminati pelabur merupakan antara ‘saranan jualan unik’ yang telah membolehkan negeri itu menarik pelaburan sebanyak RM70 bilion tahun lepas.

“Selain itu, saya berharap usaha ini dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia yang kini bekerja di Singapura, untuk kembali mencurahkan kemahiran mereka di sini, ” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata lebih 300,000 rakyat Malaysia berulang-alik bekerja di Singapura atas tawaran pendapatan yang tinggi.

Chen yang juga Ketua Pengimbang Dewan Undangan Negeri Johor berkata pada masa sama, permintaan terhadap ringgit juga akan semakin tinggi, seterusnya membantu menstabilkan nilai mata wang tempatan.

Pada 25 Ogos lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pembentukan ZKK di Forest City serta beberapa insentif untuk merancakkan aktiviti ekonomi di Johor dan kawasan sekitarnya. 

ZKK menawarkan insentif antaranya visa kemasukan berbilang dan kadar cukai pendapatan berkadar 15 peratus berbanding 30 peratus di tempat lain bagi pekerja mahir. – BERNAMA

BERITA LAIN

“Kalau tak siap, siap kau.” – Fadillah

KUCHING: “Kalau tak siap (projek), siap kau (kontraktor),” itu gurauan tegas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, kepada pihak kontraktor bagi Projek Pembangunan Lembangan

KOBIS Bhd memperkasa belia lonjak pendapatan

KUCHING: KOBIS Bhd, yang diketuai oleh pengerusinya, Zaiwin Kassim, dan ahli lembaga lain, mengunjungi Pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) kelmarin. Delegasi tersebut disambut oleh Pengarah

Pupuk ketelusan dalam amalan perolehan

KUALA LUMPUR: Commerce Dot Com Sdn Bhd (CDC) dan Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia (MICG) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memupuk ketelusan, akauntabiliti dan standard

BERITA TERBARU

Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee

KUALA LUMPUR: Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu, mempunyai pengalaman luas pada peringkat negeri dan persekutuan

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi