ARTIKEL

Zuraida fail rayuan, perintah bayar RM10 juta kepada PKR

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PUTRA JAYA: Bekas naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zuraida Kamaruddin mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Rayuan, bagi merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan dia membayar RM10 juta kepada PKR kerana melanggar syarat bon yang mengikatnya kepada parti itu.

Notis rayuan difailkan pada Isnin, oleh Tetuan Zharif Nizamuddin, firma guaman yang mewakili Zuraida dalam saman itu.

Pada 23 Jun lepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan saman PKR selepas mendapati bahawa bon itu sah, dan mengikat (binding).

Saman itu difailkan Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 28 September 2020 untuk menuntut RM10 juta daripada Zuraida kerana didakwa melanggar syarat bon.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh