ARTIKEL

Tun Wan Junaidi memeriksa Pasukan Kawalan Kehormatan Utama dan kontinjen yang mengambil bahagian. | FOTO: Penerangan

107 kontinjen meriahkan Perbarisan Hari Jadi TYT

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 107 kontinjen daripada pelbagai kementerian, jabatan kerajaan, agensi penguat kuasa, badan berkanun, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), institusi pengajian tinggi dan persatuan menyertai Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Ke-80 Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Padang Merdeka, di sini, hari ini.

Istiadat dimulakan dengan ketibaan tetamu jemputan seawal 7 pagi, diikuti barisan menteri dan kenamaan sebelum Pasukan Kawalan Kehormatan Utama bersama Pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM) memasuki padang pada 7.40 pagi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof bersama Datin Amar Ruziah Mohd Tahir tiba pada 7.45 pagi, diikuti Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Tun Wan Junaidi tiba pada Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Ke-80 Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Padang Merdeka, hari ini. | FOTO: Penerangan

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi tiba pada 8 pagi.

Istiadat diteruskan dengan penghormatan diraja diiringi lagu Ibu Pertiwiku sebelum Tun Wan Junaidi memeriksa Pasukan Kawalan Kehormatan Utama dan kontinjen yang mengambil bahagian.

Pasukan kawalan kehormatan itu terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Batalion Kedua Puluh Rejimen Askar Melayu Diraja, diketuai Mejar Mohamad Helmi Husaini Abdul Rahman.

Suasana sekitar Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Ke-80 Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Padang Merdeka, hari ini. | FOTO: Penerangan

Acara turut diserikan dengan lintas lalu helikopter AW139 daripada Skuadron 503 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Detasmen No. 3 Skuadron Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Daripada keseluruhan 107 kontinjen, penyertaan merangkumi 12 kontinjen pentadbiran bahagian, 12 kementerian, 23 jabatan, 14 kategori penguat kuasa, 26 badan berkanun, GLC dan institusi pengajian tinggi, 12 persatuan serta lapan kontinjen lain yang tidak bertanding.

Dalam keputusan pertandingan, Pentadbiran Bahagian Sarikei muncul juara kategori pentadbiran bahagian, diikuti Pentadbiran Bahagian Mukah dan Pentadbiran Bahagian Sri Aman.

Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak pula menjuarai kategori kementerian, manakala Kementerian Pelancongan di tempat kedua dan Kementerian Belia dan Sukan di tempat ketiga.

Jabatan Kerja Raya Sarawak muncul juara kategori jabatan, diikuti Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak dan Jabatan Kehakiman Syariah.

Bagi kategori penguat kuasa, Lembaga Kemajuan Bintulu menduduki tempat pertama, diikuti Jabatan Tanah dan Survei Sarawak serta Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak.

Sarawak Water Sdn Bhd menjuarai kategori badan berkanun, GLC dan institusi pengajian tinggi, manakala Sarawak Forestry Corporation dan Sarawak Energy Berhad masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh pula muncul juara kategori persatuan, diikuti Persatuan Kedayan dan Persatuan Orang Ulu.

Anugerah Khas Kreativiti diberikan kepada Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak, Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh dan Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak.

Antara kontinjen yang memenangi pertandingan perbarisan sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Ke-80 Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Padang Merdeka, hari ini. | FOTO: Penerangan

Penilaian mengambil kira aspek penyertaan, penampilan, pakaian seragam, keseragaman pergerakan dan disiplin, selain kreativiti bagi kontinjen bukan penguat kuasa.

Istiadat itu bukan sahaja menyemarakkan sambutan rasmi negeri, malah menghimpunkan pelbagai organisasi dalam suasana yang menonjolkan disiplin, kerjasama dan semangat kebersamaan.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat