ARTIKEL

Wan Junaidi ketika menyampaikan pingat kepada penerima pada Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak 2025 di Astana Sarawak, hari ini.

149 individu terima darjah kebesaran negeri Sarawak 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak 2025 menyaksikan seramai 149 individu menerima pelbagai darjah, bintang dan pingat sebagai pengiktirafan terhadap jasa serta sumbangan mereka kepada negeri.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Dewan Besar, Astana Sarawak, hari ini.

Tun Wan Junaidi merakamkan penghargaan serta mengucapkan tahniah kepada semua penerima atas dedikasi, integriti dan komitmen tinggi yang menyumbang secara langsung kepada kemajuan negeri.

KENANGAN…Wan Junaidi dan Fauziah merakam gambar bersama penerima pada Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak 2025 di Astana Sarawak, hari ini. – FOTO: ASTANA NEGERI SARAWAK

“Saya berharap agar pengiktirafan tersebut menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Selain itu, ia mampu memelihara nilai murni dan menjadi contoh teladan dalam masyarakat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasmi.

Terdahulu, Tun Wan Junaidi bersama Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi berkenan menyempurnakan istiadat berkenaan yang bermula jam 11.00 pagi tadi.

Istiadat turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) Datuk Dr Juanda Jaya, Timbalan Menteri Pembangunan Belia, Sukan dan Usahawan (Belia dan Sukan) Datuk Gerald Rentap Jabu serta Mufti Sarawak Datuk Khalidi Ibrahim.

Hadir sama ialah ketua jabatan serta pegawai kanan kerajaan negeri dan Persekutuan.

Istiadat dimulakan selepas Pendaftar Darjah yang juga Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertua Negeri, Datuk Seri Syed Hamzah Syed Paie, mendapat perkenan untuk memulakan majlis secara rasmi.

Bagi kategori Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Pegawai Bintang Sarawak (P.B.S), anugerah tersebut dikurniakan kepada penerima tunggal iaitu Dr Hadi Ab Jalil.

Seterusnya, seramai 13 individu menerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K), antaranya Abdul Gani Mohamad, Ahmad Abdul Razak, Dr Awang Nib Zuhairi Awang Ahmad, Adriana Chumang Nyambong dan Agnes Sabang.

Dalam pada itu, Pingat Pentadbiran Awam, Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B.) dikurniakan kepada 18 penerima termasuk DSP Haroadi Wasli, DSP Mohamad Nizam Bujang, Jelapin Entalai, Johari Chek Omar, Dr Ida Izumi Abdollah, Hajijah Mainol dan Sara Beden.

Bagi kategori Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Ahli Bintang Sarawak (A.B.S), seramai 10 individu menerima anugerah tersebut termasuk Abang Kifrawi Abang Rukaili, Edmund Ngumbang Gudom, Justin Sim Mong Yang, Veriland Godon Gagat, Kong Leh Yien dan Wong Ting Chuo.

Sementara itu, seramai 25 penerima dikurniakan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K), antaranya Aidiee Rembeli, Ling Sien Chuong, Ngadan Gundah, Hallener Mengga dan Minda Lecha.

Bagi Pingat Pentadbiran Awam, Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T), seramai 38 individu menerima anugerah berkenaan termasuk Sarjan Mejar Awang Khusdy Awang Daim, Abang Aien Abang Bolhi, Amizan Tahet, Hakbaryzma Drahman, Roland Ayak Upal serta Pegawai Waran II Nyudang Penghulu.

Selain itu, anugerah Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Bentara Bintang Sarawak (B.B.S) turut disampaikan kepada 44 penerima, antaranya Anam Unchat, Bira Juli, Donny Dhwie, Fairul Saie dan Sahari Man.

Istiadat diakhiri dengan bacaan doa oleh Pegawai Agama dan Penyelidikan Pejabat Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Ustaz Syed Mohd Rusydi Wan Yusup sebelum Pendaftar Darjah memaklumkan majlis selesai sepenuhnya.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira