KUCHING: Sebanyak 24 pasukan berentap untuk merebut gelaran juara dalam pertandingan silat antara masjid dan surau (berpasukan) sempena Festival Maal Hijrah 1446H/2024M (FMH 1446H/2024M).
Pertandingan yang berlangsung selama dua hari pada 12 dan 13 Julai (Jumaat dan Sabtu) di pekarangan Masjid Jamek Sarawak itu berjaya menarik pesilat dari pelbagai kawasan di sekitar Sarawak.
Antara yang terlibat ialah peserta dari Kuching, Kota Samarahan, Bau, Lundu, Sematan, Serian dan Sibu.
Pasukan yang bertanding termasuk Surau Ar-Rahman PERYATIM, Masjid Darus Sa’adah (Kumpulan B) Tabuan Hilir, Surau An-Najah SM SAINS Kuching Utara, Surau Darul Hijrah Darul Hana, Masjid Darul Ibadah Kampung Kudei Lama, Masjid Darul Hijrah Simunjan, Masjid Darul Istiqlaal Kpg Sungai Maong, Masjid Darul Ikhwan (Kumpulan B) Muara Tebas, dan Masjid Al-Hakim (Kumpulan A).
Pasukan lain adalah Jawatankuasa Pengurusan Surau DBKU, Masjid Babussalam Kpg Jeriah Sibu, Surau Nurul Najihin Stapok, Surau Darul Ehsan Kpg Kudei Baru, Masjid Ikhwanul Islam Taman SUKMA, Masjid Al-Hakim (Kumpulan B), Surau Darul Aman Tupong Batu (Kumpulan B), Surau Darul Salam Kampung Baru, Surau Darul Naim Gitak (Kumpulan A), dan Masjid Darus Sa’adah (Kumpulan A) Tabuan Hilir.
Selain itu, Masjid Darul Islam Bintawa Hilir, Surau Darul Aman Tupong Batu (Kumpulan A), Masjid Darul Ikhwan Muara Tebas (Kumpulan A), dan Masjid Darul Solihin Telaga Air turut mengambil bahagian.
Program anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) dengan kerjasama pihak Persatuan Silat Olahraga Nasional Malaysia (PESONA) itu melibatkan peserta pelbagai peringkat umur dari 13 hingga 30 tahun dalam bentuk pasukan.
Tiga kategori dipertandingkan melibatkan acara solo, tempur tanpa senjata dan jurus bebas kreatif tangan kosong.
Juara bakal membawa pulang RM1,000, diikuti tempat kedua RM700, dan RM500 untuk pemenang tempat ketiga, selain saguhati kepada kumpulan di kedudukan lapan ke atas.




