ARTIKEL

JUARA....Wakil Rumah Sukan Merah menerima hadiah selaku juara rumah sukan bagi pertandingan sempena Maulidur Rasul SK Niup yang disampaikan oleh Ahmad Mail (tengah)

250 anak cilik Kampung Niup warnai perarakan Hari Maulidur Rasul

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Cuaca hujan tidak mematahkan semangat warga Sekolah Kebangsaan (SK) Niup untuk tidak ketinggalan menyemarakkan beberapa aktiviti sempena Hari Maulidur Rasul 1445H/2023M, pada Jumaat.

Lebih membanggakan, aktiviti utama program iaitu perarakan ke sekitar kampung oleh empat pasukan terdiri daripada Rumah Hijau, Kuning, Biru dan Merah tetap berlangsung meriah dengan majoriti penyertaan daripada anak-anak sekolah.

Sekali gus, menjadi tarikan kepada warga kampung untuk mengikuti perarakan sempena perayaan salah satu hari kebesaran buat umat Islam di seluruh dunia.

Ketua Kampung Niup, Ahmad Mail berkata, seramai 250 orang telah direkodkan menjadi peserta program terbabit merangkumi semua warga sekolah berkenaan.

“Alhamdulillah, acara tahunan berlangsung meriah dan berjalan dengan lancar.

“Terima kasih kepada warga sekolah kerana telah menganjurkan program dengan jayanya,” katanya kepada Suara Sarawak.

Majlis sambutan Maulidur Rasul anjuran Panitia Agama Islam diketuai Ustazag Nazihab Ishak telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Niup, Samsuri Hajemi.

Selain pertandingan perarakan, majlis turut menyaksikan program meriah dengan pertandingan nasyid antara rumah sukan SK Niup.

Keputusan bagi kedua-dua pertandingan menyaksikan Rumah Merah dinobatkan sebagai juara, diikuti Rumah Biru di tempat kedua, Kuning di tempat ketiga manakala Rumah Hijau di tangga keempat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU