ARTIKEL

SEMANGAT….Ho (berdiri keenam dari kiri) bersama ahli Kelab Wushu Mukah yang akan menyertai Pertandingan 4th Legend of Dong Wu Wushu@ Cyberneon 2025, bermula esok hingga Isnin depan.

27 ahli Kelab Wushu Mukah mewakili Sarawak dalam Pertandingan 4th Legend of Dong Wu Wushu@ Cyberneon 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Seramai 27 ahli Kelab Wushu Mukah mewakili Sarawak dalam Pertandingan 4th Legend of Dong Wu Wushu @ Cyberneon 2025 di KSL Esplanade Mall, Klang dari 27 hingga 30 Jun ini.

Pengerusinya, Ho Ing Siong, memberitahu peserta terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan rendah di bahagian Mukah.

“Saya yakin mereka akan melakukan yang terbaik sepanjang pertandingan ini.

“Ini kerana kami mempunyai jadual latihan bagi mempersiapkan mereka untuk pertandingan ini,” katanya kepada Suara Sarawak.

Sehubungan itu, Ho berharap pasukannya dapat memberikan prestasi terbaik semasa pertandingan.

Tambahnya, ini kerana mereka mewakili Sarawak dan diharap dapat membawa pulang kejayaan.

Mengenai sekolah yang terlibat, ia terdiri daripada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong Boon, SJKC Ek Hua, SJKC Chin Hua, Sekolah Kebangsaan (SK) St. Bernard dan SK Sungai Kut Tengah.

Manakala sekolah menengah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Three Rivers dan SMK St. Patrick.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU