KUCHING: Seramai 34 peserta mewakili kontinjen Sarawak akan menyertai Mahrajan al-Quran, Nasyid dan Khat Sekolah-Sekolah (MQNKSS) Peringkat Kebangsaan 2026 yang berlangsung di Glory Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan dari 26 hingga 28 Jun ini.

Kesemua peserta merupakan pemenang MQNKSS Peringkat Sarawak yang dipilih untuk mewakili negeri ini ke pertandingan peringkat kebangsaan.
MQNKSS 2026 menghimpunkan peserta dari seluruh negara termasuk Wilayah Persekutuan Labuan dan Kuala Lumpur bagi merebut gelaran johan dalam pelbagai kategori yang dipertandingkan.


